Sunday 23 November 2008

Santubong: 3rd day


Senaman lagi...


Dan lagi.....



Gambar ramai-ramai dulu, sebelum mulakan perjalanan. Hari ni kitaorang akan ke bandar Kuching, tapi bukan untuk makan angin, juga kena buat aktiviti. Setiap kumpulan di beri tugasan ala-ala Explorace. Sambil kerja sambil shopping la, kalo sempat.




Cuba perhatikan pakcik t-shirt putih ni. Kemaruk ambik gambar siut. Siap posing stail tengah nyanyi lagu Negaruku tu. Dia tak sedar belakang kalu semua orang dah habis posing dah, dah nak gerak dah. Aku yang cukup serabai mampus tak hengatnya.




Pemandangan Gunung Santubung dari dalam bus.




Ini adalah di salah satu kilang kek lapis terkenal di kuching. Dayang.... apatah nama kilang ni. Member aku tengah pose menunjukkan gambar-gambar artis yang diframekan yang pernah datang ke kilang ni. Di sebelah nya aku yang serabai mampus tak hengat. So hari ni, kitaorang dikira artis jugalah.




Cowgirl sesat di bandar Kuching. Hey!! I'm lost. Have you seen my horse? Sebab takut anasir jahat berlaku aku pasang bodyguard di depan dan belakang. Jaga-jaga kakak tu nampak cam tak best jer...dalam sling bag dia ada pistol tu.




Akakakaka...koboi naik bus. Masa ni kuda aku tengah mandi kolam kat hotel. Sebab tu la dia tak nak ikut. Gian siot mandi kolam dengan mat salleh bogel...hish!!

Ok. Skang di pasar Satok ke Saratok ntah. Tengah tengok ikan masin terubuk yang banyak tulang susah nak makan tu.


Apa la yang ko merepek ni bai... Kamek.....bla bla bla bla... kitak bla bla bla bla... ikan bla bla bla... masin bla bla bla... terubuk bla bla bla...




Mai-mai, pilih-pilih. Hem...nak beli yag mana ni. Nasib baik ada translator di kanan aku tu. Ko jangan tipu bai...geng aku banyak kat situ. Fening-fening. Pasar ini memang terkenal dengan terubuk masin bagi sesape yang belum pernah ke Sarawak lagi la. Ada macam-macam size ikan. Ko nak besar ke kecil ke sederhana ke semua ada dan harga pun berpatutan dan dijamin tak busuk sehinnga ko balik semenanjung.


Aku pun terjebak, aku beli sebagai buah tangan untuk mama nani. Oh! speaking of her she is hospitalized now. Hope she's getting well soon.


Masa ni dah balik ke hotel dan sambung semula aktiviti di dewan.






Ini aktiviti palig best. Ini memerlukan kerja sepasukan. Faci rentangkankan tali lebih kurang tennis court panjangnya. Apa yang perlu dilakukan? Kami kenamembentuk ikatan simpul dengan tali yang diberi tu. Ingat senang siap gaduh-gaduh lagi. Tapi tu semua ujiannn.
Ini tengah pegang tali untuk tunggu instruction dari ketua. Ada syarat untuk aktiviti ni. Kalo dah pegang tali tu tak boleh gerak sikit pun segala jari tangan ko bagai dari tali tu. Kalo gerak di kira batal. Kitaorang cuma ada 3 attempt je. Kalo ko rasa nak kentut tapi malu, abaikan lah. Kentut lah sekuat hati ko, sebusuk kentut ko. Kalo rasa gatal garulah siap-siap sebelum pegang tali. Faci dengan urusetia memang dok peratikan jari tangan suma, siap goda-goda lagi.
Tengok lah tali dia besar mana.



Masa ni dah mula mengikat dah ni. Aku tengah tunduk nak masuk lubang ikatan tu. haru diingat ikatan harus dibuat 2 kali. So ada 2 lubang, hati-hat jangan tersalah masuk lubang. Kes Naya!!


Dan akhirnya 3rd attempt baru lah kitaorang berjaya menyelesaikankan ikatan ni. *sorak-sorak gembira* Office kau adalah team yang ke 42 berjaya menyelesaikan ikatan ni. Faci aku cakap dah banyak kursus diaorang buat mesti ada aktiviti ikat tali tak guna ni dan kebanyakan organisasi lain give up.




4 comments:

Unknown said...

Eh..I wonder laa.. semua pictures yg u letak best jer ade gambar sendiri tgh in action...adakah ada paparazi yg senentiasa mengekori... saje jer nak tau... rajin jugak si jurufoto.....:)

My Spirit Finger said...

Jman,
Cutenya pertanyaan tu. The cameraman is one of my best buddy. Sebab itu saya menjadi modelnya. hahaha. tapi best gak kan kalaulah betul kita dikejar poparazi. Feeling glamer sangat..auwww

peej said...

tu la pasal..
syiok la ade org amik2 pic mcm ni..dah la gambar lawa2 semua..
nak jugak la ade papparazi ikut..hahalpeas ni awak la jadik papparazi saya ok..

My Spirit Finger said...

peej,
emmmmm....saya tgh pikirkan berapa mau kasi itu fee....muahahahaha