Tuesday 4 November 2008

Kesyukuran ku

Telah mendapat idea setelah berkunjung ke laman Hanis Zalikha, mengenai perkara-perkara yang patut di syukuri atau saya rasa bersyukur dengan apa yang ada.

1. Saya bersyukur kerana masih hidup hingga sekarang dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa sebab melahirkan saya (I'm such a big girl now!).

2. Saya bersyukur saya masih boleh menaip di belog (mengikut ejaan Hanis Zalikha) ini.

3. Saya bersyukur saya mempunyai keluarga yang best dan kenkawan yang best.

4. Saya bersyukur dengan sifat fizikal saya yang tiada cacat cela walaupun tidak secantik mana. Alhamdulillah dengan apa yang ada.

5. Saya bersyukur saya masih bekerja hingga sekarang dan dapat menolong dan menghulur belanja bulanan kepada orang tua saya.

6. Saya bersyukur dengan pendapatan sekarang walaupun tak setinggi mana (tetapi dengan harapan I will gain more.....god wiling)

7. Saya bersyukur kerana dapat melepasi interview dengan mudah untuk mendapat pekerjaan ini.

8. Saya bersyukur bos baru saya masih belum melaporkan diri hingga sekarang....hehehehe.

9. Saya bersyukur saya tidak mengidap apa-apa penyakit kronik.

10. Saya bersyukur saya masih sihat dan kuat untuk berjalan kaki ke station LRT, menaiki tren dan berjalan kaki lagi ke office setiap hari (excercise).

11. Saya bersyukur kerana masih boleh lagi menikmati makanan yang lazat-lazat.

12. Saya bersyukur ada juga orang yang sudi melawat dan membaca blog ini.

13. Saya bersyukur mempunyai rakan-rakan sekerja dan bos yang agak best jugak.

14. Saya bersyukur saya masih mampu membayar hutang kredit kad yang dah bertimbun dengan tidak perlu membuat pinjaman kepada 'Ah-Long' Bukit Beruntung. (Tak bleh imagine kena kurung dalam sangkar macam haiwan....eeeee tak nak imagine pun)

15. Saya bersyukur kerana masih boleh menyambut Ramadhan dan Syawal setiap tahun bersama keluarga, rakan-rakan dan orang-orang tersayang.

16. Saya bersyukur tinggal di negara yang aman seperti Malaysia tanpa perlu takut kepada siren peperangan, ledakan bom, tembakan senapang dan segala macam ribut cuaca seperti negara lain....dan... Oh Hanis, otak saya cuma berfungsi ke-16 perkara saja walau pun banyak lagi perkara yang nak disyukuri. Tidak dapat di teruskan lagi ke puluhan seperti anda.

No comments: