Thursday 30 April 2009

Celebrity Terhebat Masa Kini. Jom! Kita terjah

Saja je. Tajuk kasi gempak sikit. Peeja cakap kenapa tak cakap utara. Ni nak habaq mai la cik peeja oiiiii....cek cakap utara no. Mai sama-sama cakap. Cek dah jadi artis hari, satu malaya tengok. Harap-harap Pak Ali tak perasan, kalau dia perasan juga...mak aihhhh....maluuuuuuuuu.

*gambar adalah kecik. mak dah malas nak mengadjetkan dia. Lihatlah artis di dalam bulatan merah itu. Dah kena gossip dah tu bercinta dengan Ewan McGregor...Kalau terasa dianiaya untuk melihat gambar ini sila ambil pisau tikam lah dada







*ni lagi satu...artis misteri di dalam itu yang sempat dikandid oleh popparazi. kalau wenworth miller tengok tak tahan nih (lari laju-laju peeja kejar pakai kasut)



Dapatkan di pasaran sekarang. Utusan Malaysia Khamis 30 April 2009 muka surat 24 dan 25. Dapatkan naskah anda hari ini.

Sepatutnya nak cerita pagi tadi, tapi terbantut dek kerja yang menimbun. Itu adalah ucapan terima kasih dan penghargaan dari kami untuk semua yang menjayakan HHIN'09 itu hari. Tak sangko pulak lotak gambar tu sekali ha. Aiseh men...Terperasan sekejap walaupun gambar besar cipap..hahahahaha...

Wednesday 29 April 2009

Geng Jahat

acik cleaner : Dzaza bagitau acik lain yang acik ni tak buat kojo ye...

aku : Eh! mana pulok acik dongar ni? Sapo pulak dok buek citor ni?

acik cleaner : acik lain cakap macam tu...

aku : ini bikin den marah ni acik, sapo pulak dok kobar den bawa mulut nih. Ado yang
nak kono
cibai mulut nih.

Aku : Acik, den cumo cakap acik datang sini den cumo nampak acik pungut sampah jo,
kojo lain
den tak tahu lah, ekau mop ke ekau cuci jamban ke. Yang perisa kari, perisa
sambal tu den
tak do tambah pon.

acik : deorang cakap acik macam-macam, pelaso la itu la ini la. Ado sorang acik yang
kurus-kurus tu, pakai spec mato, tu memang jahat punya orang.
bla...bla....bla...cakap orang itu, cakap orang ini....bla...bla...bla...(amboi dah lebih citer
nampak)...bla..bla...dia tu ketua geng jahat (ini yang aku tak tahan nih) kat
maintenance office, bla....bla...bla..


aku : aik...geng jahat!! fuh!! macam citor James Bond plak acik.Humang ai!!

aku : alaa...tok sah dongar cakap orang la. Ekau mari ekau buek kojo dah. Toksah sedih-
sedih.


Tuan-tuan dan puan-puan, sedar lah oleh kita geng jahat maha pedongki ini berado di mano-mano walaupun di celah-celah bedah (macam piah lah pulak) mahu pun di kalangan makcik-macik cleaner di pejabat anda.

Sila berhati-hati. Kita tak tahu hati orang. Sekian. Terima kasih. Karim Singh Wallawey!!

p.s Tijah! sila beri markah.

Sunday 26 April 2009

NATIONAL INTELLECTUAL PROPERTY DAY 2009

(Scroll down for a new entry)






Bersempena dengan Hari Harta Intelek Dunia yang akan diadakan pada 26 April 2009, negara akan mengadakan Hari Harta Intelek Negara 2009 (HHIN'09) dari 23-26 April 2009 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre.

Bagi anda yang mempunyai sebarang kemusykilan mengenai copyright, patent, trade mark, petunjuk geografi sila lah berkunjung ke HHIN'09. Semoga sebarang kemusykilan anda akan terjawab di sini.

Masuk adalah percuma!!

Kalau aku ludah muka kau, kau marah tak? mesti marah kan...

Hey!! I'm back, setelah berhempas pulas sepanjang minggu dan setelah aku korbankan hujung minggu aku selama berminggu-minggu. Tapi aku geram sebab pagi-pagi buta sudah ada spoil brat yang telah mengspoilkan aku pepagi buta. Eeeeeeee......tak suka mak!!

Aku masuk lift tengok ada ludah orang betul-betul di corner tempat menekan button lift. Guys...come on la. Boleh tolerate sikit tak. Spit la kat longkang ke tak pun tahan sekejap pergi spit di toilet. Tempat public ni, dalam lift office plak tu.

Selalunya yang suka sangat spit ni adalah lelaki kan. Aku tak condemn lelaki tapi aku kutuk lelaki yang suka meludah merata ni. Choy lah korang!! Kalau ada perempuan yang perangai macam ni juga aku tak tahu lah nak cakap apa lah, aku kutuk juga. Macam mana kalau ada ludah tu terkena kaki orang? kesian orang tak pasal-pasal kena samak dengan air ludah ko. Kotor la wey!

Senang citer kalau ko terkena ludah orang pun mesti ko marah kan? Tak pun meh aku ludah muka ko, ko marah tak?

(p.s. ingat lagi cerita acik cleaner aku tu? Well, acik tu dah tak kerja lagi dah. Dah tak ada kudrat sejak dia sakit kena timpa pokok tu. Acik cleaner lain cakap acik tu dah tak larat jalan dah. Jalan dalam rumah pun kena berpaut or pegang dinding kalau tak, tak balance.....simpati lah)

Friday 24 April 2009

Aduhhh...!! Mak dah tak terurus dah ni



Mak sibuk sampai hujung minggu. Kita jumpa lagi minggu depan ya!! Jaga diri baik-baik, jatuh silalah bangun sendiri jangan nagis-nangis tau.

Tijah......sibuk-sibuk mak pun tetap juga mengadap page ko nok. Nanti mak pun nak cuba juga prune juice tu. Dah kata boleh mengecilkan pinggangkan, berak tak henti-henti harus mak cuba try test. eeeeee....gedik tak sabar.

Tuesday 21 April 2009

Pssstt...psssttt....dekat sikit, mak nak bisik ni, jangan kasi orang lain tahu tau.

Mak berasa sangat letih hari ini, tumpah darah nok. Bangun sikit letih, berdiri sikit letih, jalan 2-3 tapak letih (amboi....melampau betul letih ko nyah!). Senang citer mak letih...letih...dah letih lah.

Nanti malam, mak dah kena ke venue dah, esok perasmian. Mak dapat berita yang Dafi nak perform malam dinner...tup...tup...tak jadi sebab ada komitmen lain. Mak suka lompat...lompat katak...choy sangat!

Tijah....ko datang ok. Kalau ko datang mak kompang satu KLCC. Bentang carpet merah, jalan pakai maxi sendat-sendat, sarung crown atas kepala, sanggul cucuk lapan, jalan pegang cokmar kecik (ini dah macam peri bawang merah bawang putih dah) sambil jalan wavy wavy kiri kanan. Hah! macam Miss Unibes nok.

Nah Tijah...cantik tak mak buatkan ko. Sori la nok, mak tak berapa pandai gagjet-gadget nih. Super impose ni pun mak upah tukang kebun office mak buatkan. Sebab tu la hasil dia macam ni. Redha je lah..janji ko vouge de vass.









ko feel miss unibes ke nok? ko feel ke tak feel ke ko tetap

pujaan hati mak...eh! kim salam sazah eh..

Monday 20 April 2009

Vampire in Brooklyn....eh silap...KL

Aku rasa sikit hari lagi aku jadi vampire. Ciri-ciri dah cukup.

1. Cun (harus ke?)
2. Rambut yang dah tak terurus boleh kasi ngerbang
3. Eye bag/ dark circle dah teruk macam peeja...eh silap macam panda
4. Time tidor dah berterabur
5. Gigi dah tumbuh siong (taring) tak caya? tengoklah sendiri...
6. Kerja asyik balik lewat malam lak
7. Suka minum air sirap (merah)
8. Matahari dah tak pernah tengok dah (pagi-pagi buta dah pergi kerja balik kerja lewat malam)
9. Mata semakin malam semakin merah.....(dah mengantuk tak cakap sebenarnya)
10. dan nak gigit peeja yang montok itu...muahahahahaha....muahahahahaa....muahahahahaa





Tak percaya? Kan aku dah cakap sikit hari lagi aku jadi vampire.



Tengok....samakan muka kitaorang...Memang ada kimia lah. Oh! Edward you gigit I selalu pun tak pe. I rela......auummmm....

Sunday 19 April 2009

Kenapa lah aku menghabiskan sisa-sisa hari minggu ku di office.

Habis la cita-cita aku hari ni lepas balik kerja nak pergi JJ. Sekarang dah pukul 9.00pm dan MASIH LAGI DI OFFICE PADA HARI AHAD!!!!!!!! Hari aku tidor!!!!!!!!

Hingga sekarang masih lagi tak ada tanda-tanda boleh balik lagi nih. Arghhhhhhhhhh!!!!! Orang gila jer kerja hari Ahad dan adakah orang gila itu termasuk AKU? Wallawey (pinjam ayat Tijah)

Tell your motha!! (pinjam ayat peeja)


(Update: jam menunjukkan 1030pm, masih tidak berganjak lagi dari office....huwaaaaaaaa!!)

Friday 17 April 2009

M***l berasa bawah (down). So, dia panggil I untuk mengadu. Kenapa M***l berasa down. Siapa M***l?


Pemberitahuan: selepas selesai entri ini ditulis, penulis telah memuntahkan muntah-muntah hijau akibat kegelian dengan kata ganti nama I terhadap diri sendiri.

Pemberitahuan: Gaya penceritaan mengikut citarasa aku sendiri. Sila fahami betul-betul dan sila jangan teras lebih-lebih. Sapa makan cili banyak dia yg akan terasa pedas. Mau sungkit?


Wednesday 15 April 2009

Bila tengok orang-orang veteran yang susah ni dan masih lagi terpaksa bekerja untuk sara hidup, hati aku jadi pilu dan sayu.

Pasti KL banjir kilat pagi tadi dek hujan yang maha lebat tiba-tiba turun. Aku pun terus rasa malas nak pergi kerja, tarik selimut kelubung satu badan lagi best. Alarm aku bunyi bertubi-tubi pun aku buat tak heran. Maha malas gila nak bangun mandi. Sesesesejukkkkkkk.....

Bila sampai office tiap-tiap pagi akan datang sorang acik (makcik) cleaner bersihkan office. Dah jadi tanggungjawab acik tu untuk bersihkan office aku. Hari-hari acik tu mop lantai. Paling kental adalah dia bersihkan toilet hari-hari. Acik cleaner ni dah tua. I mean too old for her age untuk bekerja lagi. Mungkun dalam 70an umurnya. Kulit dah berkedut, cakap dah perlahan, jalan pun dah slow. Mungkin dah patut duduk rumah jer rehat.

Selalunya dalam pukul 7.30am acik ni dah terpacak kat office aku untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Tapi hari ni acik tu tak datang. Aku tunggu-tunggu juga. "Mungkin lambat sebab hujan lebat tadi kot", cakap aku dalam hati. Pukul 8....tak de jugak. Pukul 9 tak de jugak. Ok, aku lupakan acik tu, aku buat kerja.

Tetiba dalam pukul 9.30am datang sorang acik lain gantikan acik aku tu. Aku pun ramah mesra tanya, "mana acik yang biasa kat sini". Acik tu pun jawab, "kesian dia". Hah! "Kenapa?", aku tanya. So, acik tu ceritakanlah pada aku apa kejadian yang menimpa acik cleaner aku tu.

Acik tu kena hempap pokok waktu tengah tunggu bus nak datang office. OK, bukan kena hempap dengan pokok sebesar alam tu, dahan pokok hempap kaki acik tu. Kesian kan? Aku tak pasti la dahan kecil ke besar, still...acik tu dah tak larat dah. Aku simpati sangat. Tak tahulah apa nasib dia. Acik tu pula cerita acik ni hidup sorang-sorang pulak. Ini aku tak pasti pulak hidup sorang tu sebatang kara ke kera ke atau famili member dah tak pedulikan dia. Tapi baru-baru ni, acik ni happy sebab dah dapat bantuan rumah dari gomen.

Aku harap acik cleaner tu cepat sembuh.....Amin.

Tuesday 14 April 2009

Bila ada cobaan untuk menjadi sang ayu.

step 1


step 2





tadaaaaaa.....







Setelah mengalami transformasi ala-ala AF hasilnya adalah.......

"jelita tak mak? Kepada abg-abg terap yang musclenya tough-tough tu mari la. I sunti you (goncang-goncang dada)"

(p/s En. Kamal, I'm coriiiiii.....)

Monday 13 April 2009

Tag? Apa tuh? Label baju ke?

Hari ini dalam sejarah aku ditag dan akan membuat tag dari Nonoy. Apa fungsi tag sebenarnya? Nak mengenali kawan anda dengan lebih dekat ker or ia sejenis permainan. Tak polah. Buek ajolah. Den tak kesah (botui ko den speaking nogori ni Tijah?)








1. Letakkan gambar profile anda.










2. Terangkan apa maksud gambar itu.

*Flyin o Freak*. Diambil sekitar tahun 2007 semasa menjadi official untuk LTdL'07.





3. Kenapa pilih gambar itu?

Sukalah. Dah lama teringin nak terbang. Baru tu menjadi. Jadi, sukalah...





4. Tag 5 lagi blogger!

Tak nak!








eh...eh...dah habis dah. Lorrr.....

Sunday 12 April 2009

Papai abang rambut putih.... Hello abang ayah penyanyi.

Selesema ni memang nak makan benda bersup yang panas je kan. Tijah, ko kan terer masak dan nak jadi anak angkat mama nani, masak kan tomyam kaw untuk aku semangkuk (muka ala-ala comel macam puss in boots).


Please....pls..pls....


Balik kepada tajuk asal. Ini adalah hari-hari terakhir YB Dato' Shahrir di officenya. Oh! Ini adalah majlis perasmian untuk Kembara MyIPO sempena Hari Harta Intelek Negara 2009. Satu beban sudah dilepaskan, cuma beban paling besar menanti 23 April ni. Ahli kembara ini akan mengembara ke utara dan selatan semenanjung juga ke pantai timur untuk mempromosi IP Day ni disamping memberi kesedaran berkenaan harta intelek di kepada umum. Ramai lagi yang jahil pasal Harta Intelek. Macam aku gak...akakakakaka...sebelum kerja sini sumpah aku tak tau apa-apa.

Dia orang ni kan mengembara selama 12 hari, jadi pada ahli yang dah kawen tu tahanlah sekejap nafsu untuk mengawan tu yea. Demi bangsa dan negara tau. Biarkan gambar-gambar ini bercerita, banyak sangat boleh bikin malas untuk menaip.





with the boss




the car


the squads

small boss, big boss, big-big boss, big boss man....akakakakaka. Apa aku merepek. L-R Deputy Minister, the Minister, bos aku, one of the board members and Secretary General.








the PC


papai abang Shahrir. I'll miss u.

Dengan ini sekian sahaja laporan untuk squad waja ofice aku. Semoga bertemu di jalan raya. Majulah sukan untuk negara. Pucuk dicita ulam mendatang. Trima kaseeeeeeeeeeh!!!

Mungkin ramai sedia maklum PM dah umumkan kabinet baru termasuklah Tijah mengumumkan kabinet baru idamannya itu. Undi Tijah...vote for baby!!! So aku pun dah dapat menteri baru dan akan melapor tugas hari ni. Jadi ini lah wajah menteri baru aku itu.


Eh!....salah lah. Salah ke....

Ni ha yang betul, betul, betul.... Mempersembahkan kugiran hangit pada malam ini.....(drum roll)..kuang....kuang....kuang....




Dato' Sri Ismail Sabri

Haha...yang lagi sorang tu Ismail Sabri Junior.....

Wednesday 8 April 2009

Oh! Saya sungguh terharu...Anugerah ini saya tujukan kepada....

Saya sangat terharu membaca komen-komen dari peeja dan nonoy. This week has been hectic for me dan juga dalam masa 2 minggu mendatang ni. Makin dekat dgn acara besar itu bahangnya makin kuat terasa.







*saya pun merindui awak*



Aku rasa aku perlukan lagi 8 tangan dan 8 kaki lagi. Boleh buat kerja serentak. Banyak benda yang aku plan tertangguh-tangguh. Baju untuk majlis tunang nonoy pun tak ditempah lagi. Ayoyo......betul noy, tak bertempah lagi. Hari-hari balik lewat malam. Hari minggu pun kerja. Kena balik kampung lagi. Nasib mak aku belum sumpah aku jadi tanggang. Maunya tertonggeng.


Membaca komen-komen kalian membuatkan saya terharu dan suka dan happy dan senyum sorang-sorang macam orang gila. Ya! termasuk kau jugak Jijah. Walaupun baru kenal. Ada orang rindu sama saya.


Kepada anak mama nani no 2, diharap dan terima kasih kerana memahami situasi pekerjaan ini. Lepas IP Day ini bolehlah ada masa untuk berdating semula.


To Peeja and Nonoy : *Peluk kuat-kuat*, yieahhhhh......!!




An African Serval Kitten

(Leptailurus Serval)

Peeja & Noy, jom kita pi Africa cari kucing ni. Jom! Cutenya telinga dia. Macam serombong kapal. Ada macam telinga Edan tak? I'm coriiiiii....cabut lariiiiii

Tuesday 7 April 2009

Soalannya adalah....

Saya ada satu soalan quiz untuk anda, kalau ada yang tersinggah disini la. Sape dapat jawab dengan tepat dan pantas akan membawa pulang hadiah berupa tuttttttttt.......... rohsia.

Ok. Soalannya : Siapakah nabi yang kena korbankan anak dia yang nabi jugak tu? Peristiwa apakah itu?

Pergh!! Dasyat tak soalan dia?

Please....help me. Saya sangat naive. Gila loser.

Kawan aku dah suruh balik baca bible je. Tak pun taurat atau pun zabur. Ishh...lahabau betul mulut dia. Memang nak kena tampar.

p/s: Tijah yang sangat lawa....help me!!!! call 911.