Monday 29 December 2008

Penatlah....perkara pindah

Benar kata orang pindah itu sesuatu yang memenatkan, menyusahkan. Peringatan kepada diri sendiri: Lain kali kalau nak pindah prepare awal-awal, jangan kelam kabut, packing semua barang siap-siap.

Nak mengemas semula pun sesuatu yang memeritkan. Banyak barang cari tak jumpa. Hahaha...

Ucapan kepada diri sendiri: *Selamat menduduki rumah baru*. Mari kita tengok lama mana bertahan.

Sunday 21 December 2008

Jejak Kasih Itu Betul-Betul Menjadi

Pernahkah anda melihat atau menonton rancangan Jejak Kasih di TV3? Saya rasa rancangan ini benar-benar mujarab la, kerana saya telah dipertemukan dengan saudara saya yang telah terpisah selama setahun....hahahahaha..poyo je.

Kami dianggap 2 beradik yang sejoli. Sekali pandang, orang akan cakap, "errrr, abang you ke?" Aku dalam keadaan terkesima jawab balik tanpa berfikir panjang, "a'ah abang". Spontan keluar dari mulut. Lepas tu aku berfikir, betul ke adik beradik dengan dia? Memang ada iras ke aku dengan dia? Apa yang menyebabkan semua orang yang kami selisih akan tanya soalan yang sama.

Oleh kerana sudah malas dengan seribu pertanyaan yang sama, lepas itu jumpa orang saja sebelum orang itu buka mulut nak tanya aku terus potong sambil cakap, "Ini abang saya, samakan muka kami berdua". Dan orang itu percaya bulat-bulat. Inilah bukti yang terbukti dan membuatkan orang percaya bulat bulat tanpa berfikir atau terconfused yang benarkah kami ini adik beradik.







Februari 2007


Ok. Mari kita tengok persamaan yang ada pada saya dan abang betul instant seperti yang difikirkan oleh orang-orang yang berselisih dengan kami pada hari kejadian itu.

Jisim isipadu kebulatan muka = sama.

Kepadatan warna tone kulit = Sama, bermaksud sama-sama gelap.

Kadar kesepetan mata = Hampir sama. Kadar kecukupan tidur saya adalah kurang pada masa ini, dengan kadar mata bengkak yang agak teruk ditambah berposing di tengah panas mungkin ini yang membuatkan mata saya macam sepet. Macam je lah.

Keterongaan hidung = Masih mempunyai hidung yang agak sama-sama kembang bunga pagi yang melilit di pagar yang cuma kembang pada waktu pagi saja.

Hemm...apa lagi...

Kadar isipadu saiz badan = Hampir sedikit saja lagi akan menyamai rekod abang betul instant saya ini.

Setelah meneliti gambar di atas barulah saya faham kenapa orang begitu confident mengatakan yang kami ini benar-benar adik beradik. Aiyaa..!!

Gambar di atas diambil setahun yang lepas. Setelah kami terpisah, baru-baru ini kami di pertemukan kembali melalaui pertemuan jejak kasih yang telah dirancangkan. Cepat buat kenduri kesyukuran. Akakakakaka....tapi kali ini dengan keadaan fizikal yang telah berbeza. Mari kita saksikan..jeng..jeng..jeng..


November 2008

Setelah mengalami proses fotosintesis dan pengambilan klorofil yang mencukupi, yeah!! kulit kami sudah semakin cerah. Muka saya ada panjang sedikit, yang penting itu badan pun sudah mengecil sedikit dan tidak bulat lagi. Tapi itu abang tetap maintain besar..Hishh!

Oleh itu, bukan senang menjadi kurus bukan senang juga menjadi gemuk...Tidur malam ni mahu mimpi. Aku nak kurus...aku nak kurus...aku nak kurus...Oh! Dia bukan saudara saya. kami tidak pernah ada pertalian darah pun. Tumpah darah pun tak.

Thursday 18 December 2008

Ada aku kesah...

Untuk barua-barua di sini (di suatu tempat kejadian). Korang kutuk aku, korang maki aku, korang ignore aku, korang cebik aku, aku ada satu benda aku nak bagitau. Apa yang korang dok cakap belakang aku tu sikit pun aku tak rasa down lah. Aku gelak besar lagi ada. Takat benda cinonet pun korang nak buat a big fuss about it, bodohkan diri sendiri la wei. Aku pandang rendah orang-orang macam ini walaupun korang adalah orang-orang besar. Hakiki korang bijak tapi tidak pada dasarnya. Ini yang membuatkan aku lagi bersemangat di sini. Aku tak mati pun dengan kutukan korang tu. Hari-hari rukuk sujud sembah tuhan mengadap tuhan bagai tapi PERUT KAU HIJAU, HATI KAU HITAM, MULUT KAU BUSUK. Kau ingat aku kesah? I will do it again. It’s time to revenge!!. I don’t give a damn, I don’t give a fuck and I don’t give a shit. Hahaha...!! Kelakar lah bedah.

Tuesday 16 December 2008

5 ekor kesayangan ku

Left to right: Dik man, Hamdani, Mutaqqin, Darwish, Adam. Adam dah otai, dah sunat dah. Jadi, kena jaga adik-adik....muahahahaha.


To be fair aku letak tajuk 5 ekor kesayangan walau pun sorang dah terlepas dari pisau lipat tok mudim. Hari ini genap 7 hari 4 ekor kesayangan aku ini bersunat. Alhamdulillah semuanya sihat hingga hari ni. Risau kalau jadi macam berita ari tu, yang sorang budak koma masuk ICU sebab dianya tutttttt.....dijangkiti virus.

Sori 4 ekor, Chu tak balik tengok hampa bersunat. Sebenaqnya bukan Chu tak dapat cuti, tapi Chu malas nak balik.....akakakakakaka. Psssttt!!...jangan bagitau maktok tau, sat gi di leipat, haru. Lagi pun Chu tengah sibuk nak pindah la. Nanti kelam kabut pulak, nak ligan sini sana. Ok lah Chu balik raya haji what...Alah! Lagi pun kan dah ada mama, umi, abah, wan, maktok and yang. Depa boleh tengokkan hampa 4 ekoq.

Mama bagitau Dik Man menangis. Akakakaka...Come on lah, Dik Man paling macho. Jangan nangis lagi. Anak buah aku yang bersunat dari umur 8 tahun hinggalah 4 tahun lah. Dasyat ek, kecik-kecik pun kasi sapu habis. Senang cerita. Dah cukup seminggu nanti boleh la lari-lari ek, main kombat kombat, main gusti gusti. Janji jangan kasi hampanya tuttttt nanah sudah.

Eh...Chu dah bagi duit sunat + duit raya haji kat maktok. Claim kat maktok OK!

Iklas dari Chu, Chu sayang hampa semua. Hampa semua adalah permata hati dalam keluarga kita yang tak seberapa besaq ni. Dah sunat ni, kira dah besaq la. Jangan nangis-nangis lagi, jangan nakal-nakal lagi, jangan gaduh-gaduh lagi. Jangan melawan cakap mama, abah, umi. Jadi anak yang baik, jangan jadi macam Chu, rebel all the times. Kalo nak minat music, minat rock macam Chu. Haaaaa....yang ni chu suka, lagi la chu sayang.




Nak duit raya lebih tahun depan kena minat dan belajar jadi rock dari sekarang. Muaaaahhhh....!!!



P/s: Eh...kenapa rupa chu mekap cam haram perut pun dah junior maju ke depan (bak kata peeja) hinggakan kucing sendiri pun tak hingin nak tengok hak tuih. Damn la!!

Sunday 14 December 2008

How should I react...

Aku dapat satu berita. Aku terkejut dan tak pernah aku sangka ianya akan jadi kenyataan. Walaupun selama ini cuma angan-angan Mat Jenin je. How should I react? Excited? Happy? Proud?




Ya. Aku dapat rasa semua tu. Pekerjaan aku, perbuatan aku, tatatertib aku memang dipandang selama ini.

Though it is good news for me tapi ada yang terasa, ada yang berduka lara, bermasam muka dan hati. Aku bukan menidakkan sesiapa. Ini bukan salah aku dan aku bukan puncanya. Mungkin aku orang baru, masih mentah dengan dunia korang, tapi ia tidak bermaksud aku dinafikan melakukan perubahan atau perubahan mungkin tidak akan berlaku kalau aku tiada di sini. Aku mungkin tak tahu apa orang fikir, tapi aku tidak akan biarkan ia menjadi penghalang untuk aku move forward.

Come on guys! We are still in the same ship. Don't let it sink. Grow up people.

Aku petik kata-kata Magnuscaleb:

Kalau pekan bertukar kota
Pasti tertekan jiwa nan lara
Kalau berpesan tapi tak menyapa
Pasti tertekan jiwa yang alpa.

Tapi pada aku....

Jika pekan bertukar kota
Lara itu pasti terasa
Kalau berpesan tidak menyapa
Usah ia dicela-cela.

Terima ia dengan terbuka
Berfikir ia dengan minda
Mudah-mudahan ia diterima
Tiada lagi jiwa yang alpa.

Apa-apa pun aku kena get ready, well prepared untuk perjalanan selepas ini. Banyak benda harus belajar. Semuanya dalam masa yang singkat. Aku akan lakukan yang terbaik. God willing.

*Good luck kepada diri sendiri!*

Thursday 4 December 2008

Hi obat hai obat, mari beli obat...

Apa ni weh...asyik demam jer.Three times in a row dah ni selesema batuk selesema batuk. Memang dasar antibodi tak kuat lah dalam badan aku ni. Koman sungguh. Dah la hingguih berjela-jela dok kluaq nih. Aiseh!

Aku ingat bulan lepas baru je demam, tup-tup balik dari Penang minggu lepas kena jugak lagi. Memang dasar tak boleh bawak pi outstation la aku. Bulan lepas kena pun balik outstation gak. Bulan posa ari tu lagi la teruk sampai kena ambik darah bagai. Cheh!

Tapi bukan dasar aku tak boleh bawa pi jalan la, sebab ada pembawa virus la. Tu la pasai. Aku ni asal ada org demam la, mula la berjangkit. Pi Penang itu hari pun room mate aku demam, berjangkit lagi sorang, sampai KL aku pulak kena. Pasai semua ni...

Ada ubat tapi tak mau makan pun satu pasai jugak. Aku memang penakut makan ubat la. Ntah la dari kecik lagi. Kalau aku rasa macam dah sakit teruk nak mampuih baru kelam kabut nak cari ubat la nak jumpa Dr. la nak pi klinik la. Hish!

Ni aku dah batuk menyalak cam hanjing dah ni. Pagi tadi pekena teh ais, tengah hari tadi pekena nescafe ais. Wooo....best oh! Baru meriah office ada background music sambil dok buat kerja. Aku jangan cakap la. Hari ni aku super malas, dapat tau pulak bos aku tak mai kerja, cuti. Wohoo!! Parti Buih la...

Dr. Muthu pesan ubat kena makan selalu jangan selang selang. Jangan la nak makan, makan... tak makan, tak nak makan. Dia bagi antibiotic sekali. Dr. cakap antibiotic ni kena makan sampai habis. Eeeerrrrr.....Kalau aku makan antibiotic ni sampai habis confirm ke antibodi aku akan jadi kuat macam hulk? Boleh jamin tak aku tak kan kena deman lagi untuk masa mendatang? Dah la pil ni tak sedap siut, busuk plak tu. Hakk...tuih!!

Agak-agak Encik Hulk ni pernah kena demam selesema tak?

Balik kang aku nak pekena milo ais plak...huahuahua!!!


*Selamat Raya Haji*

Wednesday 3 December 2008

Sampai bila?

Sekarang 3.11petang. Suasana gelap di luar. Hujan lebat. Aku berada di kedudukan tingkat ke 32. Berada pada paras ini aku boleh dengar hiruk pikuk Kuala Lumpur, kereta hon satu sama lain, aku boleh nampak manusia berjalan, berlari, kesesakan waktu pagi dan petang dan kalau ada apa-apa acara perbarisan atau apa-apa pertunjukan pun aku boleh nampak dari atas.

Tapi otak aku kosong. Nak buat kerja pun macam tak jalan je. Aku teringatkan seseorang. Seseorang yang aku hampir dengannya. Seseorang yang sangat petah bercakap. Seorang yang periang, seorang yang georgeous, seorang yang rajin, seorang yang tabah.

Petang semalam aku terima text message dari anak no. 2. Katanya,

"Malam ni saya ada recording, awak nak datang rumah datang la. Mama rindu dengan awak tu". Hati aku dah tersentap sikit. Sabar.

Aku salin baju kerja aku terus keluar. Sampai saja aku bagi salam, aku nampak seorang yang aku tengah teringatkan sekarang. Dia panggil nama aku, "Dzaza". Aku senyum, dia senyum, lantas aku hulurkan tangan. Tangan aku disambut dengan ciuman di kedua-dua pipi. Nampaknya memang seperti apa yang anak no. 2 cakap, "Mama rindu awak".

Aku sebak, tapi aku tahan. Aku senyum bila tengok mama senyum. Aku tengok atas coffe table depan mama ada buku dan pen. Aku perhatikan, rupanya itu adalah medium komunikasi untuk mama setakat sekarang dengan keluarga. Aku control. Siapa tahan kalau dulu asyik dengar je riuh rendah dalam rumah dan gelak tawa mama. Tapi keadaan dah berubah.

Aku temankan mama tengok tv dengan anak no. 1, while papa mengemas di dapur, Peeja berehat jap di atas. Poor Peeja, semuanya kena buat own her own. Bila Peeja turun aku tengok muka Peeja letih sangat. Kemudian dah dengar Peeja tengah memotong di dapur. Aku join sekali. Oh! Peeja tengah prepare barang untuk masak Spaghetti. Peeja cakap selera mama dah berubah sekarang.

Peeja ada tanya how to cook macaroni with soup? Tak pe Peeja, lepas balik dari Penang ni saya masakkan. Besok saya balik Penang sampai Senin ni, Raya Haji. Terus saya teringat macam mana dengan preparation untuk Raya Haji since mama tak sihat ni. Saya tahu Peeja boleh buat dan masak macam mana mama masak, kan. Saya terfikirkan macam mana Peeja nak catch up semua tanpa pertolongan.

Thank God Nonoy pun dah boleh balik KL. Ringan sikit kerja-kerja di rumah, boleh gilir-gilir dan sama-sama buat nanti, kalau Nonoy tak sibuk dengan jadual penerbangannya. Lepas juga rindu mama pada Nonoy nanti. Alhamdulillah. Saya akan tolong juga Peeja and famili nanti untuk sama-sama tengokkan mama. Insayaallah.

Lagi 2 minggu ni mama kena pergi check up lagi kan? Aku harap Dr. dah dapat punca sebenar kepasa sakit mama dan juga solutionnya. Sampai bila famili harus tunggu untuk dapat jawapannya? Sampai bila mama harus bergantung kepada steroid untuk bergerak? Sampai bila mama boleh mendengar semula? Sampai bila mama boleh jalan seperti biasa? Sampai bila mama boleh berkebun semula? Samapai bila mama boleh gelak tawa semula?

Saya harap Papa, Peeja, PG, Ayol dan Nonoy jangan berasa down. Mama perlukan kekuatan dan sokongan. Kita lawan sama-sama dengan mama. Kita tempuh sama-sama dengan mama.

*Senyap jap*

Siapa di atas sekarang?

Dah cakap. Kitaorang tak jalan sorang-sorang.

Monday 1 December 2008

This is Dedicated to Her :) (:

Picture courtesy of Peeja's album
This is Mama Nani, peeja's mommy. She kinda like a mother to me too. She's a half age woman living with one super duper happy family. She is a cheerful woman, a good mother, a loyal wife and a good chef too. I never find her cooking tasteless. What I like most is her sambal daging. Once you had it, you always wanted it again and again and again. True!

But Mama Nani is hospitalized now due to some illness problem. Mama Nani is so lucky kerana ada husband dan anak-anak especially peeja yang mengambil berat dan menjaga mama sepanjang mama di hospital.

Aku agak terkejut bila dapat berita yang mama Nani is hospitalized. Waktu balik dari Sarawak dulu I thought it just a normal illness. I'm so sorry sebab tak dapat luang lebih masa dengan mama.

You just like an idol to me. Kalau lepak dgn mama Nani, mama suka cerita suka duka hidupnya, perjalanan hidupnya, kisah zaman kanak-kanak, zaman remaja, bercinta, berkahwin, cerita perihal anak-anak dari baby hinggalah dewasa.

Memang tak boring kalau lepak dengan mama Nani, ada saja cerita, dan gelak tawa yang keluar dari mulutnya. Kalau aku gaduh dengan anak mama Nani yang no. 2 tu mama nani selalu defend aku. Wow! Seronoknya. Aku bangga-bangga. Mama Nani selalu cakap, "Berkawan elok-elok, buat apa gaduh-gaduh. Tak baik"

Tapi sekarang dah lain sejak mama Nani jatuh sakit. Aku di maklumkan kesihatan mama nani dah bertambah baik. Alhamdulillah, tapi lain pula yang datang. What i was really really shocked that mama Nani lost one of her sense. Hearing. Oh! What in the world could this thing happened to such a very good nice person like her.

The doctor said it could be temporary and it could be permanently, and you have to be prepared for it. If the hearing problem is lasting for ever all of us have to learn the sign language.

But I know mama Nani is a strong woman. Nothing in this world can defeat her except the Almighty.

Please bring back my our old mama Nani. Bring back her smile, bring back her joyful. Bring back whatever that has been taken from her.

Siapa lagi yang akan defend aku kalau aku gaduh lagi dengan anak mama Nani no. 2 tu? Siapa lagi akan masak sambal daging, nasi ayam claypot, ayam karipulei and sort of? Siapa lagi akan cakap-cakap bagi nasihat itu dan ini baik dan buruk, tentang sekarang, masa depan?

Aku text mama Nani pagi tadi:

Hi! Ma, Assalammualaikum.
How are u today? Mama dah
bleh kuar hari ni ye. Alhamdulillah.
Sori x dpt tgk mama last weekend
sbb outstation ke Penang. Nanti
saya dtg tgk mama d rumah k.

and a few minutes later I received her reply text:

Dza ma masih kat wad,
tak pe nanti jumpa kat umah nak....

dan tetiba pipi aku basah.

Dah!....aku dah tak boleh nak teruskan lagi......................................................*senyap*................................................


(P/s: Ini membuatkan aku rindu teramat sangat dengan mak abah Penang, Nat dan Boboi yang dah lama tak jumpa)

Tuesday 25 November 2008

Kalo saya tak mo p, boleh ka?

Besok kena pi (atas arahan sebenarnya) utara pulak dah. Ahhh!! Adoi penatnya. Tanah ini akan senyap seketika.

Monday 24 November 2008

Apa yang aku merepek ni Syaitonnn...

Medium aku berkomunikasi di office dengan kenkawan di office lain adalah menggunakan email. Kelakarkan? Orang lain berYM, berMSN tapi aku pakai email.

Kenapa? Sebabnya office aku dah block dah semua-semua benda alah yang pada fikiran depa boleh melalaikan pekerja, membataskan hubungan sesama rakan sekerja, melembabkan produktiviti dan sebagainya lah. Shitlah.

Ye lah nanti kang dok sibuk berYM kawan sebelah cubical sendiri pun tak kenal. Ye dok? So aku mengambil inisiatif kita beremail sajalah. Bayangkan cam kita tengah berYM.

Gayut telepon? Uish!! tak nak aku...pemalas nak pegang gagang. Plus aku bukan kaki gayutnya orang.

Kawan: Oi!! Balik awai malam ni!
Aku: Apahal balik awa!? Ada apa? Nak banje aku pizza ke? ok je?

Kawan: Nenek ko kim salam nak banje pizza.
Kawan: Ni ha...tetiba...Rasa cinta.. kini mula membara..
ternyata keliru & tak menentu.. ku bersalah kerna menggunakan helah..
bla bla bla.. la la la...(macam tengah menyanyi)
Aku: Apa yang ko merepek ni syaitonnnn!!!!???

Kawan: Cite ku milik mu ler... Aparaaa...
Aku: ohhhhhhhh.....Itu ke.

(Aku terjebak tgk cerekarama di tv3....help!) AKu ingatkan ini adalah mentera nak panggil waris keluar daripada kubur.
Akakakakakaka. Taksub sial citer Kasih ku seru.

Kawan: Sape yang merepek ni syaitonnnn? Aku ke kau syaitonnn...??

Ntah kenape bila terbaca ni kat email aku kepala hotak aku fikir citer si Waris nih. Walhal member aku citer pasal citer lain. Bordo nih..

Cisss....!! Nampak sangat tidor tengahari kat office lepas tu cukup time bangun tidor dok mamai-mamai tak basuh muka dan kumur mulut lagi terus buka email. Hambik ko setan, SYAITONNNNN.....

Sunday 23 November 2008

Santubong: Last day

Hari terakhir ni best yahoo!! Sebab tak payah bangun awal pagi untuk senaman dah. Boleh golek-golek atas katil. Hari ini lebih banyak kepada rumusan sepanjang 4 hari aku berkursus. Antara sesi paling best adalah melukis kucing sendiri. Hahahaa.....ada yang lukis cam haram... termasuk aku. Nasib kucing aku tak termasuk dalam randomly snap. Macam-macam jenis kucing ar ko boleh jumpa yang aku sendiri pun tak pernah sangka tahu akan kewujudannya di muka bumi ini. Pergh! skema.


Tengok kucing yang paling atas sekali. Itu diberi gelaran Kukus.

Kucing + Tikus = Kukus.

Paling bawah Kucing + Musang = Kusang. Lagi tak boleh belah dowh...Aduyai...

Ok, sini pulak. Paling kanan sekali cuba teka apa dia? Haaaa....Itu lah spesis terbaru kacukan kucing dan itik. Maka jawabnya Kutik la nak-anak sekalian. Kucing + Itik = Kutik




Penganugerahan sijil.


Dengan abang yang namanya memang abang iaitu Abang Mohamad bin Abang apa ntah...Staff cawangan Sarawak.



Oh! Ini abang paling cool. Orang lama. Abang Halid "The Tokyo Drift" kat office aku. Nama wife Mariam. Nama awek Murni. Jika 2 nama ini digabungkan menjadi satu nama yang sangat ayu iaitu Mariam Murni. Oh! Jangan mencantumkan dua nama ini di depan beliau kerana akan ditempeleng 8 kali dan 8 lagi.
Maka berakhirlah perjalanan pengalaman aku di sana. Tak sabar nak balik kampung nak jumpa mak & abah.

Santubong: 3rd day


Senaman lagi...


Dan lagi.....



Gambar ramai-ramai dulu, sebelum mulakan perjalanan. Hari ni kitaorang akan ke bandar Kuching, tapi bukan untuk makan angin, juga kena buat aktiviti. Setiap kumpulan di beri tugasan ala-ala Explorace. Sambil kerja sambil shopping la, kalo sempat.




Cuba perhatikan pakcik t-shirt putih ni. Kemaruk ambik gambar siut. Siap posing stail tengah nyanyi lagu Negaruku tu. Dia tak sedar belakang kalu semua orang dah habis posing dah, dah nak gerak dah. Aku yang cukup serabai mampus tak hengatnya.




Pemandangan Gunung Santubung dari dalam bus.




Ini adalah di salah satu kilang kek lapis terkenal di kuching. Dayang.... apatah nama kilang ni. Member aku tengah pose menunjukkan gambar-gambar artis yang diframekan yang pernah datang ke kilang ni. Di sebelah nya aku yang serabai mampus tak hengat. So hari ni, kitaorang dikira artis jugalah.




Cowgirl sesat di bandar Kuching. Hey!! I'm lost. Have you seen my horse? Sebab takut anasir jahat berlaku aku pasang bodyguard di depan dan belakang. Jaga-jaga kakak tu nampak cam tak best jer...dalam sling bag dia ada pistol tu.




Akakakaka...koboi naik bus. Masa ni kuda aku tengah mandi kolam kat hotel. Sebab tu la dia tak nak ikut. Gian siot mandi kolam dengan mat salleh bogel...hish!!

Ok. Skang di pasar Satok ke Saratok ntah. Tengah tengok ikan masin terubuk yang banyak tulang susah nak makan tu.


Apa la yang ko merepek ni bai... Kamek.....bla bla bla bla... kitak bla bla bla bla... ikan bla bla bla... masin bla bla bla... terubuk bla bla bla...




Mai-mai, pilih-pilih. Hem...nak beli yag mana ni. Nasib baik ada translator di kanan aku tu. Ko jangan tipu bai...geng aku banyak kat situ. Fening-fening. Pasar ini memang terkenal dengan terubuk masin bagi sesape yang belum pernah ke Sarawak lagi la. Ada macam-macam size ikan. Ko nak besar ke kecil ke sederhana ke semua ada dan harga pun berpatutan dan dijamin tak busuk sehinnga ko balik semenanjung.


Aku pun terjebak, aku beli sebagai buah tangan untuk mama nani. Oh! speaking of her she is hospitalized now. Hope she's getting well soon.


Masa ni dah balik ke hotel dan sambung semula aktiviti di dewan.






Ini aktiviti palig best. Ini memerlukan kerja sepasukan. Faci rentangkankan tali lebih kurang tennis court panjangnya. Apa yang perlu dilakukan? Kami kenamembentuk ikatan simpul dengan tali yang diberi tu. Ingat senang siap gaduh-gaduh lagi. Tapi tu semua ujiannn.
Ini tengah pegang tali untuk tunggu instruction dari ketua. Ada syarat untuk aktiviti ni. Kalo dah pegang tali tu tak boleh gerak sikit pun segala jari tangan ko bagai dari tali tu. Kalo gerak di kira batal. Kitaorang cuma ada 3 attempt je. Kalo ko rasa nak kentut tapi malu, abaikan lah. Kentut lah sekuat hati ko, sebusuk kentut ko. Kalo rasa gatal garulah siap-siap sebelum pegang tali. Faci dengan urusetia memang dok peratikan jari tangan suma, siap goda-goda lagi.
Tengok lah tali dia besar mana.



Masa ni dah mula mengikat dah ni. Aku tengah tunduk nak masuk lubang ikatan tu. haru diingat ikatan harus dibuat 2 kali. So ada 2 lubang, hati-hat jangan tersalah masuk lubang. Kes Naya!!


Dan akhirnya 3rd attempt baru lah kitaorang berjaya menyelesaikankan ikatan ni. *sorak-sorak gembira* Office kau adalah team yang ke 42 berjaya menyelesaikan ikatan ni. Faci aku cakap dah banyak kursus diaorang buat mesti ada aktiviti ikat tali tak guna ni dan kebanyakan organisasi lain give up.




Thursday 20 November 2008

Santubong: 2nd day - Obstacle Race

Ok. Ini masih lagi hari kedua sebelah petangnya. Untuk aktiviti riadah aku telah didera oleh fasilitator untuk buat Obstacle Race, tapi race secara berkumpulan la dan kumpulan mana masanya paling cepat menghabiskan semua disiplin akan dapat markah ribu-ribu.


Tak semua halangan aku ada gambar. So sku start dengan 2nd disiplin. Ini lebih kurang macam jambatan kecil la. Batang kayu dia pun tak besar mana, rasanya size peha orang yang sederhana cam aku kot. So setiap orang kena berjalan atau mengesot macam kakak tu buat. Sebab titi yang pertama agak tinggi.



Seterusnya, kena merangkak menyulur bawah tali ni. Siapa pernah tengok cerita Kombat tahu lah. Masa ni lah habis luka siku aku. Kaki aku semua lebam. Tak pe..kental beb...


Selepas merangkak menyulur macam biawak tu kena lepaskan halangan ini pulak, iaitu spider web. Masa ni lah nak tengok kelembutan badan korang. Ada banyak lubang di situ, jadi setiap orang kena lepaskan diri dari web ni tanpa tersentuh sikit pun badan di tali ni. Faci akan perhatikan setiap langkah. Tersentuh tali kalu, dianggap batal, kena start all over again. Ingat senang beb...? Badan aku dah la macam anak gajah. tapi aku dah nampak dah lubang besar kat tengah web tu. Sekali faci aku cakap "Lubang besar ni tak boleh masuk ok. Cari lubang lain. Lubang ni hanya untuk kakak gemok baju pink kat belakang tu". Hampeh!!



Turn aku dah lepas. So tunggu kawan-kawan lain dulu sebelum ke disiplin seterusnya.



Kali ini kena berjalan turun bukit atas batang kayu yang tercacak kat tanah tu. Ala-ala Bruce Lee belajar kungfu la. Baju oren tu chief group aku tengah dok peratikan anak buah turun bukit kecik ni.


Ini adalah obstacle yang ke 5 kalau tak silap. Tembok macam bumbung rumah. Chief tengah tarik aku naik atas. Putus la urat kentut ko tarik aku. Hahahaa.... Tengok la tu, tonggeng baik nya. Kalau anda rasa anda ada pertalian darah dengan aku, oh! tolong tinggalkan page ini.


Pujian harus diberikan kepada chief sebab berjaya tarik anak gajah ini naik. Tapi ko kena sedar chief ada beban besar lepas ni kita kena angkat. Jeng...jeng...jeng...




Sudah sampai ke tembok terakhir. Kali ini tembok konkrit pulak. Lagi cam haram. Ko ingat aku ringat ke nak lompat tu. Masa ini lah ujian sebenar kepada semua orang. Ujian di mana masa ni lah nak tengok ko nye persefahaman, kerjasama, usaha, kerja berat, leadership, macam mana nak atasi masalah ko dalam kumpulan. Ada beban besar tu macam mana nak buat. Tak kan nak biar dia panjat sendiri. Sampai tahun depan pun aku rasa akak besar tu tak lepas-lepas.



What we do is, bagi orang lelaki naik dulu tunggu atas tembok tu (alahai orang lelaki group aku semuanya keding-keding belaka). Tugas diaorang kat atas tu untuk tarik orang naik ke atas tembok. Ahli kumpulan yang lain kat bawah tolong tolak naik dari bawah. Orang pertama yang kitaorang nak lepaskan adalah yang ini. Bismilahhirrohmanirrahim.....satu...dua...tiga...hiakkk!!! erghhhh!!!....sambil muka berkedut dan


Hoyeah!!! Berjaya!! Adik Syanie ini berjaya diangkat dan lompat ke sebelah tembok tu. Phewww!! Kesat peluh di dahi sambil nafas laju-laju.

Wednesday 19 November 2008

Santubong: 2nd day

Tok adalah pukul 6.30 pagi di sitok. Macam pukul 9 pagi di sinun (KL). Aktiviti dimulakan dengan senaman pagi.


Senang diri.....

Hahaha....senaman melembutkan pinggang katanya...



Golek lutut...golek jangan sik golek...Bobbie G di belakang sia sik dapat ikut. Alasan: Kaki nya cedera. Heh!! Sik aci..


Tok adalah acara "Menarik Tangan Rakan Hingga Putus". Gilo!! Berlatarkan panorama gunung Santubong. Kamek lupa nak madah, hotel tok terletak di kaki Gunung Santubong. Memang kacak.

Acara senaman terakhir "Menarik Telinga Rakan Menjadi Capang". Kitak orang cubalah. Mok?


Mun bab makan kamek memang laju. Buruk lantak.


Close up sikit. Pipi mengembong tengah kunyah makanan.


Tok adalah kumpulan kamek. Masa ni sik ada nama lagi. Belum dibincangkan.


Kamek dengan staff cawangan Sabah kiri dan Sarawak kanan. Nama nya Dewi dan sangat baik.

Sebelum mula kelas ambil gambar beramai-ramai dulu. Sidaknya semua makei baju korporat kecuali kamek...hahaha. Dasar rebellious.

Beza kan photo edit dan tak? Photo atas sudah diedit. Photo tok sik edit.



Ok. Sesi untuk hari kedua telah bermula. Tok adalah salah seorang faci. Kamek orang panggil nya Tuan Haji. Sik bosan bila nya kelakar. Nak tahu kamek tengah merenung apa? Kepala Tn. Haji berkilat. Haha....

Lepas ya, perbincangan kumpulan untuk Bagi nama, motto, wall cry dan macam-macam lagi lah.


Gambar kamek memang banyak di kandid.



Mula menulis...

Sudah hampir siap....


Tok sik tahulah apa masalah nya. "Adi, kenak kitak berdoggy style? Lucah lah lu...haha. Dengan kertas pun mau bikin ka.." Sila simpan semua kertas anda. BAHAYA.


Lepas ya kena present all the works that has been done. kamek jadi tukang cakap dalam kumpulan.


Ini adalah gaya bila orang terover excited memegang mic. Nak tahu apa nama kumpulan kamek? Jeng...jeng..jeng..


Memperkenalkan....."SENANG JAK!!". Asalnya letak senang jer, pastu kitaorang tukar dalam loghat melayu sarawak, maka jadilah Senang Jak. Rileks, cool, mantap tu motto group kamek. Oleh kerana senang jak, maka group aku adalah yang paling tercorot. Hahaha.. Mahu tak, apa hal pun, "SENANG JAK!!", kena marah pun "SENANG JAK!! Cam haram... Ada lagi 3 kumpulan selain Senang Jak, ada Kenyalang, Infiniti dan Idealistik.




Tok adalah sebelah petang, sebelum aktiviti riadah.

Bob gilak!! Nak tahu rahsia sik. Kakak tudung ni, depan gambar ni minat ko...muahahaa...muahahahaha..




Omg!! You sooooo gaysssss....





Kamek cuba menjadi orang ketiga dalam hubungan tok. Haha.. Dah la posing sama. Dua-dua kenan pouty lips. Cam haram. Kamek belajar dari peeja ni...kihkihkih. jangan marah ar...

Bersambung....