Wednesday 3 December 2008

Sampai bila?

Sekarang 3.11petang. Suasana gelap di luar. Hujan lebat. Aku berada di kedudukan tingkat ke 32. Berada pada paras ini aku boleh dengar hiruk pikuk Kuala Lumpur, kereta hon satu sama lain, aku boleh nampak manusia berjalan, berlari, kesesakan waktu pagi dan petang dan kalau ada apa-apa acara perbarisan atau apa-apa pertunjukan pun aku boleh nampak dari atas.

Tapi otak aku kosong. Nak buat kerja pun macam tak jalan je. Aku teringatkan seseorang. Seseorang yang aku hampir dengannya. Seseorang yang sangat petah bercakap. Seorang yang periang, seorang yang georgeous, seorang yang rajin, seorang yang tabah.

Petang semalam aku terima text message dari anak no. 2. Katanya,

"Malam ni saya ada recording, awak nak datang rumah datang la. Mama rindu dengan awak tu". Hati aku dah tersentap sikit. Sabar.

Aku salin baju kerja aku terus keluar. Sampai saja aku bagi salam, aku nampak seorang yang aku tengah teringatkan sekarang. Dia panggil nama aku, "Dzaza". Aku senyum, dia senyum, lantas aku hulurkan tangan. Tangan aku disambut dengan ciuman di kedua-dua pipi. Nampaknya memang seperti apa yang anak no. 2 cakap, "Mama rindu awak".

Aku sebak, tapi aku tahan. Aku senyum bila tengok mama senyum. Aku tengok atas coffe table depan mama ada buku dan pen. Aku perhatikan, rupanya itu adalah medium komunikasi untuk mama setakat sekarang dengan keluarga. Aku control. Siapa tahan kalau dulu asyik dengar je riuh rendah dalam rumah dan gelak tawa mama. Tapi keadaan dah berubah.

Aku temankan mama tengok tv dengan anak no. 1, while papa mengemas di dapur, Peeja berehat jap di atas. Poor Peeja, semuanya kena buat own her own. Bila Peeja turun aku tengok muka Peeja letih sangat. Kemudian dah dengar Peeja tengah memotong di dapur. Aku join sekali. Oh! Peeja tengah prepare barang untuk masak Spaghetti. Peeja cakap selera mama dah berubah sekarang.

Peeja ada tanya how to cook macaroni with soup? Tak pe Peeja, lepas balik dari Penang ni saya masakkan. Besok saya balik Penang sampai Senin ni, Raya Haji. Terus saya teringat macam mana dengan preparation untuk Raya Haji since mama tak sihat ni. Saya tahu Peeja boleh buat dan masak macam mana mama masak, kan. Saya terfikirkan macam mana Peeja nak catch up semua tanpa pertolongan.

Thank God Nonoy pun dah boleh balik KL. Ringan sikit kerja-kerja di rumah, boleh gilir-gilir dan sama-sama buat nanti, kalau Nonoy tak sibuk dengan jadual penerbangannya. Lepas juga rindu mama pada Nonoy nanti. Alhamdulillah. Saya akan tolong juga Peeja and famili nanti untuk sama-sama tengokkan mama. Insayaallah.

Lagi 2 minggu ni mama kena pergi check up lagi kan? Aku harap Dr. dah dapat punca sebenar kepasa sakit mama dan juga solutionnya. Sampai bila famili harus tunggu untuk dapat jawapannya? Sampai bila mama harus bergantung kepada steroid untuk bergerak? Sampai bila mama boleh mendengar semula? Sampai bila mama boleh jalan seperti biasa? Sampai bila mama boleh berkebun semula? Samapai bila mama boleh gelak tawa semula?

Saya harap Papa, Peeja, PG, Ayol dan Nonoy jangan berasa down. Mama perlukan kekuatan dan sokongan. Kita lawan sama-sama dengan mama. Kita tempuh sama-sama dengan mama.

*Senyap jap*

No comments: