Thursday 26 February 2009

Pulangkan.......!!!!!

Aku nak mogok hari ni.




Mechanical Pencil atau nama kampungnya atau nama manjanya pensil tekan atau picit aku hilang. Itu adalah pencil bertuah aku. So sekarang aku tak boleh buat kerja. Muahahahahahaha......Hidup aku tak keruan kerana pencil itu hilang.

Aku sumpah sesiapa yang ambik itu pencil kalau tak pulangkan pada aku semula, maka degan itu telur kau akan bengkak. Tidak kira lelaki atau perempuan. Noktah! Tiada kompromi!

Oi!! Pulangkanlah pencil aku tu..pulangkan lah. Kang aku jadi Maya Karin kang...

Tuesday 24 February 2009

LTdL'09 part#3

Le Tour de Langkawi 2009
Final Stage, KL Criterium



Chief Time Keeper


The "Bomba"

The Raiders


The Officials

The Sponsors

The Media

Dah habis sudah.....





Thursday 19 February 2009

LTdL'09 part #2

Le Tour de Langkawi 2009
Final Stage, KL Criterium













Gambar tidak diedit. Malas.

LTdL'09

Le Tour de Langkawi 2009
Final Stage, KL Criterium



















Friday 13 February 2009

ishh...bila lagi nak transform jadi Cat Woman ni.

Insiden terjadi petang Isnin bebaru ni. Aku kan suka nak jadi hero. oppss!! Konon lah! Aku nak mandikan Beckham, letak kucing aku dalam bilik air, so aku keluar untuk ambik towel. Sekali dia boleh mengiau-ngiau pulak dari dalam bilik air. Jadi, kucing nonoy terdengar. Apa lagi sepantas kilat dia lari tunggu depan pintu bilik air. Aku pulak lupa nak kurung kucing nonoy dulu, dah tahu si hannan tu memang garang nak mamposs.

Aku tolak-tolak hannan sebab aku nak masuk. Sekali hannan berjaya meloloskan diri dulu masuk bilik air. Apa lagi jantan sama jantan, oren sama oren, muda sama muda hannan yang sangat garang itu terus nak belasah kucing aku. Si bekham ni pulak memang penakut. Memang salah ajaran la aku bagi, manjakan sangat sebab tu jadi lembik. Tak sama macam bapak dia Ben, samseng kampung Dusun. Sapa berani?

Nak di jadikan cerita aku yang berlagak hero ni cuak jugak la nak leraikan. So aku dengan bijaknya senteng lengan baju ala-ala mak bawang merah dan mak bawang putih nak bergaduh mahu masuk campur dalam ini pergaduhan. Aku gripped tengkuk hannan yang tengah mengamuk tu tapi tak kuat, dia toleh kepala kalu terus dia ngep tangan aku. Wohooo!! Terbenam taring kat tangan.

Second attempt baru aku berjaya cengkam leher hannan terus simpan dalam sangkar, dengan kucing aku sekali masuk sangkar balik, kansel itu mandi.

Masuk rumah mula lah tangan aku rasa kebas perit pedih dan semua yang sama waktu dengannya lah. Baru aku perasan tangan aku dah cedera dek gigitan si hannan tu. Darah dah meleleh-leleh dah. Aku rilek lagi aku tunjuk tangan aku kat mama nani, reaksi mama nasi,

"ya allahhhh....darah tu, ishhhhhhhhhhhhhh...." sambil palingkan muka tak nak tengok darah tu.

"hehehehehe...." Aku gelak. Aku gila.

Luka tu aku sapu minyak gamat jer pastu tampal plaster. Besoknya nak pergi kerja tangan aku dah berdenyut-denyut sakit. Tak boleh nak lurus ke bawah. Nak pegang pen pun tak boleh. Sakit sangat.

Aku pergi office lepas tu terus ke klinik. Dr. buka plaster tu rupa-rupanya tangan aku dah bengkak dah nanah. Sekali Dr. cuci tangan aku, aku rasa macam nak tampar je Dr. tu. Sakit bodoh!! Apa lagi kena inject la sebab dah kena infection.

Sikit hari lagi aku jadi cat woman. Tapi mintak-mintak la jadi cam Helle Bery gamak ye. Huahuahuahua...


Peace

Rock on!

Luka di pergelangan tangan

Altogether = ampat (4) lobang taring hannan

Plaster tampal bekas inject

Ni balak ke apa ni? wtf!


Inilah makhluk bertanggungjawab itu. Sekarang menjadi buruan polis. Dikenali sebagai "Hannan The Ripper". Hannan, see you in court!

On your left hannan's mother. On the right his untie. 2-2 comel. I love you both. Hannan is sooooooo garanggggggg!!!!
photo courtesy of peejburhan blogspot.



Saturday 7 February 2009

Wake up call di hari minggu #2


Amithaba...yeah cuti sampai senin


Aiseh aku kerja lagi di hari sabtu yang sememangnya hari aku membongkang tidur. Seperti biasa sms masuk:

I sampai office around 10.45am

From: Mr. Boss
9.58am


Uwaaaaaaaa.....tak boleh ke kalau tak kacau hidup aku sehari. Aku turun di Stesen LRT Pasar Seni, aku tengok orang dah ramai. Ah! Aku memang tak suka orang ramai ramai ni, rimas. Pastu ramai pulak orang berbangsa India sekitar situ, ramai daripada hari-hari biasa. Mungkin nak jenjalan dengan famili di hari minggu kot. Aku jalan terus.

Sambil aku jalan tu aku peratikan orang, baru aku perasan ramai di antara mereka ni jalan tak pakai kasut. Ada la dalam 4-5 orang yang aku nampak. Aku pun terdetik wow!! new style in town ker? mesti tengah "in" ni. Alangkah ketinggalannya aku. Dasyat sungguh, jalan atas tar yang panas-panas tengah hari buta ni pun buat tak heran jer. Biar akit, tak pe, stail beb...

Gamaknyer balik kang terpaksa la pilih kasut mana yang aku nak buang. Tak per stail punya pasal, pejam mata je buang. Lepas ni aku nak jalan kaki ayam. Biar orang tahu yang aku ni memang mengikuti fesyen semasa. Perghh...!! Tak nak kalah tu. Biar orang tengok aku rasa kagum.

Lepas tu aku tengok ramai juga dia orang ni yang pakai baju sama color. Satu color je, color kuning. Bukan sorang atau satu famili bahkan ramai orang dan ramai famili. Oh!! mungkin hot color kot sekarang ni, hati aku cakap. Punjabi suit in hot yellow. Tak kan lah dia orng berjanji sesama jiran sebelah rumah hari ni nak ronda-ronda town kita pakai color kuning kot.

Aku pun teruskan perjalanan aku ke office. Bila aku sampai Mr. Boss dah ada. Akakakakaka....tunggulah aku di situ. Punya buat kerja aku tengok office calendar. Oh! Rupa-rupanya esok hari Thaipusam. So aku cuti sampai hari Isnin.

Patutla ramai kaum India pakai baju color kuning. Rupa-rupanya bukan hot color. Color kuning tu memang ada kaitan dengan keagamaan mereka lah untuk sambut Thaipusam. Yang tak pakai kasut pulak bukannya hot style in town tapi sebab diorang berpuasa dan bernazar dan juga tuntutan agama. Berkepala botak pula tak kira lelaki atau perempuan pulak kerana mereka bernazar dan berhajat kepada Dewa Murugan untuk menyucikan segala dosa. (perempuan kepala botak bukan hair style Sinead O'Connor ye!)

Jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Ini aku dapat info dari wikipedia lah.


bvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvgyhhhhhhhhhhhhs (ini aku tak tau apa kemenatang maksudnya. Hanan anak nonoy yang taip. Bahasa arab kot....oooih tak sangka kawan, kucing arab ni pi sekolah pandai abc...)

Hot style in town konon. Apara aku ni....podah!!

Wednesday 4 February 2009

Entri bodoh di pagi yang gelap

Tak de pagi gelap atau pagi buta sangat pun. Tapi celaka lah jantan tu. Puki*&@!! Boleh Garu telur depan aku. Baik punya garu. Baik punya menggagau-gagau telur dia. Baik punya betulkan posisi telur dia.

Dah la berdiri depan aku dan posisi aku adalah duduk mengadap jantan sekor nih. Sial lah. Dah la menggaru telur tanpa perasaan. Macam "wah gatalnya telur, emmm sedapnya garu telur". Fuck!!

Meh ko duduk aku kentut busuk depan muka ko. Mau?

Kejadiah berlaku dalam LRT. Biasalah public transport. Macam-macam orang boleh jumpa.