Sunday 31 May 2009

Koniciwa! Hait....!!

Jom p Jepang pulak.

Itu hari ada terima tatamu dari Jepang juga, so he brought something from Japan, which is sah la memang tak kan dapat di muka bumi Malaysia terchenta ini.


The pembalutnya...suspension mak nok...apa la yang si Jepang ni bagi. Taraa....




Inilah dia. Memula tengok siap cakap, tah hape-hape jepun ni bagi tau. Biskut dibaginya aku. Ingat muka aku muka biskut ke hape. Tak kisah lah. Dalam dok pot pet pot pet tu, mak pun bukaklah mende tuh......sekali



bersambung....... (haha acah je...terasa macam mama nani la pulak)









Rupe biskut dari arah belakang. macam HP Nokia 8310 kan? Ni tak rasa lagi ni apalah rasa biskut ni...haih....



Ini rupa dari sebelah depan nya. Namanya Tokyo Almond Florentin (biskut pun dah macam Tokyo Drift). Isinya adalah Almond and Chocolat. Bila rasa....Ya Rabbi!! sedap nak mampos. Gila sedap. Sedap pun tak gila macam aku. Beyond words lah senang citer.

En. Boss ada hati cakap suruh bagi orang lain sikit. En Boss, sumpah aku tak bagi orang lain. Serta merta tanduk merah sudah naik, aku kaut semua biskut kalu lari makan bawah meja sorang-sorang...Apa tengok? Potong Kapara......!! Mau? muahahahahahaha.....muahahahahahaha....muahahahahaha...

Thursday 28 May 2009

SLEEPLESS IN SEATTLE VOL. 8

Aku tahu Fendi belikan sesuatu untuk aku dari previous tripnya ke US. Tapi tak sangka pulak kenkawan lain pun bagi jugak.



key chains dari Carnain. Well carnain it was so so sweet. Tq



Make up pouch dari Putri. Macam tahu-tahu aja. It was lovely dear. I love it. Tq.



Barang yang sangat dikehendaki dan ditunggu-tunggu. Tq Fendi, u made my day. Walaupun hang kena paksa beli. Tapi hang memang ada taste.






The complete set.


Thanks again to Mr. Boss, Mama, Fendi, Carnain & Putri. Saya sangat sukaaaa....

Bos kecik strikes again....



Oh! Silap. Ini Empire strikes back. Aku nak citer pasal bos kecik strikes again dan kali ini dasyat lagi. Hari tu dah kes pizza, ini dia bikin lagi hot.





Ini adalah fesyen con rows (ntah la con ke corn, mana satu eja betul) atau pun braid. Kalau sape-sape nak buat rambut pesen gini ah tu sila lah call no tu. Tapi aku di sini bukan nak promosi budak ni tapi nak cerita kaitan bos kecik aku dengan pesen rambut ni.

Situasinya sedang menikmati makan malam nasi beriani yang ditapau dari Insaf Mamak yang katanya sedap melampau wal hal aku makan biasa ja.

Orang A: eh ko bikin la rambut macam ni. Mesti gempak datang off.
Aku: Ko nak cari mampos. Aku kaler rambut pun dah pandang semacam, tambah nak
braid-braid nih. Kang dapat surat cinta kang.

Bos kecik: Tengok! wow!! pesyen apa ni. E'eh rambut dia macam *RESHBONU* la.
Aku: Sapa bos?
Bos kecik: Ala....(dengan kondifennya) *RESHBONU* penyanyi tu.




Ok. 1,2,3.....pengsan jap.

Aku tersembur air, member aku tersembur nasik. Aku gelak dah macam evil, puntianak sundal malam, mambang merah putih, hijau, kelabu semua dah.

"Bos!! RESHMONU....RESHMONU. R.E.S.H.M.O.N.U ulang suara R.E.S.H.M.O.N.U bukan *RESHBONU*"



kondifen = konfiden

Wednesday 27 May 2009

100th POST

This is my 100th post. Yeahh!! I did it.









Wah!! saya ada peminat.... (sebenarnya dipaksa untuk mengambil gambar dgn poster itu untuk menunujukkan konon-kononnya dia ada peminat, wal hal tak dak peminat pun dan dalam keadaan terpaksa peminat itu pun terpaksa la menunjukkan minat yang tak berminat untuk mengambil gambar dengan maksud yang salah. 100th ka 100st?)

Buduh!!

(Pemberitahuan: Inilah akibatnya jika menaip sambil tidor sehingga 100th bila masa pula bertukar menjadi 100st)

Mari raikan sambil pengsan. Sejarah baru tercipta. Bilangan baru untuk 100th menjadi 100st. Al-Khawarizmi pun pengsan....

Tuesday 26 May 2009

Amacam?? Ada berani??

Auwww....abang terap pergi berperang pakai boxer pink coror. Abang terap sini, ada ke? Kelllas you. Tabik spring I.

Gates Hails Soldier Snapped in Pink Boxer Shorts

Friday, May 22, 2009
















AP


May 11: Spc. Zachery Boyd, far left, wore 'I love NY' boxer shorts in a fire fight with Taliban militants after rushing out of bed to join his fellow platoon members.

Defense Secretary Robert Gates on Thursday praised an Army soldier in eastern Afghanistan who drew media attention this month after rushing to defend his post from attack while wearing pink boxer shorts and flip-flops, Reuters reported.

Gates said in prepared remarks that he wants to meet the soldier and shake his hand the next time he visits Afghanistan.

"Any soldier who goes into battle against the Taliban in pink boxers and flip-flops has a special kind of courage," Gates said in a speech to be delivered in New York.

"I can only wonder about the impact on the Taliban. Just imagine seeing that: a guy in pink boxers and flip-flops has you in his cross-hairs. What an incredible innovation in psychological warfare," he said.

Army Specialist Zachary Boyd, 19, of Fort Worth, Texas, rushed from his sleeping quarters on May 11 to join fellow platoon members at a base in Afghanistan's Kunar Province after the unit came under fire from Taliban positions.

A news photographer was on hand to record the image of Boyd standing at a makeshift rampart in helmet, body armor, red T-shirt and boxers emblazoned with the message: "I love NY."

When the image wound up on the front page of the New York Times, Boyd told his parents he might lose his job if President Obama saw him out of uniform.

"I can assure you that Specialist Boyd's job is very safe indeed," Gates said in the speech.

The U.S. defense chief was scheduled to deliver the speech at New York's annual Salute to Freedom dinner in Manhattan.


Sumber dipetik dari NST Sabtu 12 Mei 2009. Tapi yang ni aku google. Berita adalah sama cuma kita lewat sehari.

Peeja! Cuba tanya papa ada tak dulu askar papa buang tabiat cenggini. Wakakakakakaka!! Tapi PINK coror memang bahayakan Tijah. Nak-nak pulak lelaki yang pakai. Soooo sweet you...auw!! I nak gi perang lah! Mari lah...


Monday 25 May 2009

Kalau kau mainkan perasan aku..aku sungkit ko satu Afrika

Dah lama dah aku dapat email ini dan aku rasa pasti ada ramai orang lain yang dapat jugak. Memang banyak spam macam ni nak mengenakan orang dan memainkan perasaan orang untuk cuba menjadi kaya dengan hanya di hujung jari (apa aku cakap ni..kenapa bunyi dah nak seakan-akan karam singh walia je)


FROM: MR. DAVID MTUKUMIRA.
132, Bruce Street, Sibokeng
Johannesburg, South Africa


Good day, (Go to hell)

My name is MR. DAVID MTUKUMIRA, (Apa! moto kau nama mira) the son to the late MR. TUNGI (laaa..pak dia nama tungging la pulak) MTUKUMIRA. of Zimbabwe. This might come as a surprise to you about where and how I got your contact address. It was a result of a trusted confident from the South Africa Chamber of commerce and industries in Johannesburg South Africa. (Yeah!! right!)



During the current war against the white farmers in Zimbabwe, from the supporters of our president Mr. Robert Mugabe, to claim all the white owned farms to his party members and followers. He ordered all white farmers to surrender all farm to his party members and followers. My father was one of the very best farmers in our country and was in partnership with a white Man. Mr. Lawrence Smith from England. He did not support Mr. Mugabe’s ideas so his farm was burnt and invaded by Mugabe’s supporters. Everything was burnt and my father and his partner were killed (tak baik tau pakai bapak mati-mati ni) during the invasion and they made away with lots of items. Before his death my father has deposited with one Security Company in Johannesburg, South Africa. The sum of US$38 Millions dollars (Thirty Eight Million United States Dollars) (mata atak *wink wink* di situ..dasar mata tanda ringgit) this money was meant for the purchase of farm Land and some farming equipments/materials such as Crawler/Caterpillar Tractors, Fertilizer Spreader, Harvesters, Threshing Machines, Bulldozer and Tractors from a Comp

After his death we decided to escape to South Africa (ada aku kesah) where he has deposited this sum with the security Company as valuables (in a treasure box). I decided to contact the foreigner, from outside the shores of South Africa or Companies that will assist my family to move the fund (kalau betul la kan..heh..heh..heh gelak syaitonn) from here because of our present status as asylum seekers and also because South Africa and Zimbabwe have a bilateral agreement which can lead to the seizure of the fund, if we invest here in South Africa. Secondly our status has made it impossible to invest the fund or deal directly with the South Africa financial institutions. In the cause of moving the fund to any place my family has agreed to offer you 30% (woww!! Tijah! kira jap, math aku agak fail la) of the fund for your assistant, while 70% will be for me and my family (akan ku kebas semua, biar aku sekejam Robert Downey Jr eh silap Robert Mugabe) to investment in your Company/ country. You can read about my country’s problems on this site (tak de maknanya aku nak baco, banyak lai kojo eh nak buek. kan Tijah!)

http://news.bbc.co.uk/1/hi/word/africa/715001.stm
http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/africa/1063785.stm

I want you to furnish me with your contact details for easy communication (fax and telephone numbers) or contact me through the above telephone number. Please note that this transaction is 100% risk free and absolute confidentiality is required for the safety of my family and the fund. And do call his attention for notice as we wait to hear from you. (habisla duit ko....akakakakaka)

Thanks and God Bless

Best regards


MR. DAVID MTUKUMIRA.
(For the family) (kalo duit tu dapat kat aku for myself and frens la. Peeja, Tijah jom joli katak!!)

hai David putumayung kalau lah email ini benar-benar wujud........haiiii....berangan sekejap....




Tak sabar nih...ish!ish!

Yaaa....saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kawan-kawan ku sudah balik dari Seattle. Aku sudah tidak sabar mau mengebas semua barang-barang yang dihajati. Aku sudah tidak peduli apa ko nak cerita pengalaman ko selama lebih seminggu di sana, apa cuaca di sana, siapa artis ko jumpa atau ada ko makan ayam patah tengkuk di sana. Aku mau itu barang yang dikirim....muahahahahaa....muahahahahaha....tak guna punya kawan kan I ni.

I kan Tijah kalau dapat bebarang ni memang I suka. Rasa-rasa kawan aku dapat tak kubur Kurt Cobain. Wahahahahahaha........

Fendi! apa you belikan untuk I? *blink-blink mata*

Thursday 21 May 2009

Malam Jumaat Kliwon

Dalam kereta semalam on the way balik dari kedai carpet,

"Rumah kita ada sesuatulah, malam semalam ada benda".


Aku dan Apple terdiam pandang sama sendiri. Aku pandang depan, terus kosong kepala hotak.

"Betul. Aku tak tipu. Nasib member aku ada baca-baca kasi halau dia jauh"

Aku dah tak tahan (pada hal takut sebenarnya walau pun favourite adalah menontot horror movie sambil tengok celah jari atau di sebalik bantal atau selimut)


"Ko diam boleh tak, ko pernah makan soup selipar tak?!"

Aku sama-sama dengan Apple


"Apsal ko kena cerita malam ini jugak? Ko tak boleh ke tunggu siang Sabtu ke siang Ahad ke, janji jangan cerita waktu malam. Timing ko salah la. Ko tau tak yang dalam rumah kita ni semuanya berani-berani belaka?"

SuLin telah berasa bersalah kerana telah menceluparkan mulutnya di malam jumaat lalu mengecilkan diri di penjuru kereta.
Lantas aku pun menceluparkan mulut ku juga akibat ketelanjuran si SuLin tadi....akakakakaka...Dalam takut-takut tu

"Apa yang ko nampak?"

"Aku tak nampak tapi kawan aku yang nampak"

"Korang lepak depan sampai pukul berapa malam tadi? Dalam rumah ke luar rumah?"

Si Apple pun tak tahan terus sampuk


"Woi apa ni!!! Tadi cakap suruh shut up you...ni apa hal pulak dok tanya-tanya ni".

"Woi! Shut up you and drive!" (sedap pulak cakap macam ni)

"2 pagi, nampak kat luar rumah la"

"Patut la anjing dok menyalak bersahut-sahut je kat rumah kita"
(hek eleh ko pun sama je tanya)

Ohhh...itu pasal la. Lepak lewat-lewat bergossip bagai, member pun apa lagi kasi join la. Ntah-ntah dah lama dok ngendap tapi takut nak dekat (mesti dia dalam hati "alamak ada geng gossip la, nak join tak nak....nak join tak nak...kang aku join ada yang demam panas pulak. Isshhh...camne ni") Ntah-ntah member pun minat Citi Nurhalija jugak ke, hidustan ke mana tau... (ceh...saja sedapkan hati sendiri)


Lastly, end up ketiga-tiga perempuan menawan itu menghabiskan sisa tidur di ruang tamu together-gether..... Akakakakakaka.....dasar penakut (bukan penakut...tapi berhati-hati. Kan Apple kan?).

Wednesday 20 May 2009

Sanggup ke nak makan....

Dapat gambar ini dari email rakan. Kalau aku tak sanggup aku nak makan. Nak menguis-nguis makanan yang dibikin sebegini cantik rupa. Fikir lapan kali pun belum tentu aku nak makan (dalam hati "betul ke tak sanggup.....cess!! shut up u hati sendiri bercakap")

Tijah, cuba ko tapaukan cem sebegini rupa untuk dia pi sekolah. Lepas tu ko tunggu dia balik ko tengok dia makan ke tak. Ishh..pejam mata pun masih lagi tak sanggup nak makan (betul ke??)




















































Tuesday 19 May 2009

Boleh ke ko tahan godaan makanan nyah?

Mak dah niat pose semalam. Penat tau! Tup-tup mak pergi bilik air hasilnya positif.......huwaaaaaaaaa!! Mak tumpah darah. Yahoo!!! Boleh makan sedap-sedap.

Wani, I am co coriii. Tak dapat buka pose together-gether, mak buka dulu lah ya.

Nak makan apa....nak makan apa....nak makan apa...nak makan apa....

Sambil mulut penuh karipap "pee..peej...peeja! nyum...nyum...nyum...nak join nyum...nyum..nyum.. jogging boleh? Kononnya azam tahun baru nak kurus....cett!! podah. Dok bertambah macam syanie ada la.

Haih!!!

Monday 18 May 2009

Kepala hotak memang pikiaq sama tapi dia lagi terer

Kan dalan previous entri aku cakap kalau member aku bawa balik batu nisan Kurt Cobain memang aku berlagak dan bangga gila lah. Aku buat road show kalu betul. Semalam tengah bersembang dengan anak mama nani no. 2 dia tanya

"Fendi pegi mana?"
"Seattle"
"Hah!! Seattle!!? You tak minta apa-apa ke?"
"I minta dia belikan jeans and tshirt cap Seattle"
"Hek eleh.....apa barang, suruh dia bawa balik kubur Kurt Cobain la"

Ok. Aku pitam sekejap.


Sebut Seattle kami pikiaq satu benda je, memang dah terpahat kat kepala hotak masing-masing. Anak mama nani no. 2 lagi lah melampau, kalau aku setakat minta batu nisan ja, dia suruh bawa balik kubuq terus. Hambik hang!
Aku dok pikiaq macam mana nak bawa balik kubuq abang cobain nih. Aiseh payah ni...

Mana nak pi cari kubuq dia. Kalau Seattle tu besaq kg. baru no hal. Tu satu hal, macam mana nak bawa balik? Nak angkut keranda ja ka? ke nak angkut dengan liang sekali. Liang tu nak angkut macam mana?

Aku tengah bayangkan kawan aku selinap masuk kawasan perkuburan sambil bawa cangkul nak korek kubur si KC ni. Lepas tu terkantoi dengan pak guard, dalam keadaan yang gulap gulita disinari lampu tiang yang samar-samar pak guard tegoq

"Hey man! Wat cha doin ere?" sah pak guard black.

Dengan terkejut sebab disergah

"Oh bughit jatuh!"

"Lor! oghe kelate ko! nate bewak mu nih. Buek gapo sini male-male buto masuk kubor"

"kawe nak amek kubor KC nak buek souvenir kelik malaysia"

Terus depa hampaq tikar bancuh kopi o kaw 2 dok bersembang.

"jauh mu mari kijo, mari naik gapo dari kelate?"

"kawe tumpang ike paus"

Mendengar itu Fendi pengsan sesak nafas tertelan cawan. Oh! Aku sudah melalak jauh, jauh gila imaginasi. Tak tercapai dek akal. Abaikan pompuan gilo ni! Dah berhenti baca.
Gi kelik buek kijo masing-masing. Nak kena sungkit?

Ini aku dapat info dari wiki keluasan Seattle
- Jumlah 71,342 batu persegi
(184,827 km²)
- Lebar 240 batu (400 km)
- Panjang 360 batu (580 km)



Guano nak gi cari kubor Kurt Cobain tu?

Friday 15 May 2009

Haih!! Pitching dah lari laaaaa....

Ntah apa kena dengan aku sejak jumpa Shah Rukh Khan Malaysia itu hari kenan tune dah tak boleh nak ubah dah. Satu minggu ni memang aku cakap utara ja. Nasib la orang faham ka dak. Lantak....Yeah!! Memel dah pi obersea, pi Seattle pulak tu. Bukan Seattlewangsa tapi Seattle, Washington. Ishh!! jeles-jeles. Satu minggu lebih. Selama itu jugak aku boleh lihat matahari!! Yeba! yeba! Tapi bosan ah dia takder, sapa la nak bersembang dengan aku. Dah la aku biasa balik kerja lewat-lewat, tak biasa ni nak balik awal.

Ok Memel safe journey! Jangan bawa balik Babi eh silap selesema BABI sudah (ya ampun memel mintak simpang la malaikat 44), tapi bawa balik souvenir banyak-banyak saya soka!! Bawa balik batu nisan Kurt Cobain lagi saya megah-megah bangga. Saya pusing satu malaya show off. muahahahaa...

Wednesday 13 May 2009

Bos Kecik & Pizza & Italy

Awat bos kecik? Sebab dia belum boleh jadi bos besaq lagi. Akakakakaka. Bos kecik teringin nak makan pizza so suruh aku call pizza delivery. Aku yang maha pemalas cakap dia

"hang call la boss, aku malas tapi makan aku rajin"

"aku tak dak nombor pizza la"
"ala, hang orang paleolitik mana ni, baru keluaq gua ka?, buka la internet google la nombor pizza" "oh! ader eh?"
"aduh! sakit dada aku"

Lepas tu dia pun google la no. pizza, aku tinggalkan dia sekejap. Tak sampai 5 minit aku mai tengok dia balik, bukan boleh percaya matahari ni. (matahari adalah nama manja dia. teka teki. kenapa nama dia matahari?) Aku tengok dia dok godek www.pizza.com. Tu dia!! Aku tengok dia dok garu kepala yang agak matahari cari no. telefon.

"oih! mana no dia ni tak dak pun"
"bos! hang tengok website mana ni? ni pizza dok USA nun nak buat apa. Laillahhaillallah! order sekarang 8 tahun la baru sampai. Mangkaq ni!"

Lepas itu dapat call pizza hut delivery

budak pizza: Ini bos kecik eh?
bos kecik: eh! macam mana hang tau nama aku? Hang kenai aku ka? Hang pernah kerja sini dulu ka? Woih!! glamer nih

Aku kat depan dah gelak guling-guling dah. Rasa cam nak masukkan kepala dalam kain. Nasib aku pakai seluaq semalam.


"apa ni bos buat malu kompeni je. Ada pulak pi tanya macam tu"
"mana aku tau, terkejut gak bila dia tau nama aku, sebab tu la tanya dia balik".
"dulu kan aku pernah order pizza dari ni tepon ni, aku pakai nama hang. Depa dah simpan hangnya details dalam database senang nak buat rujukan. Dah!! jangan nak mimpi, hang bukan Anuar Zain".

Aparaa!!

Tuesday 12 May 2009

I jumpa Shah Rukh Khan........(sambil lari ligan dia sebab nak minta otograp sambil cakap "Abang Rukh! Nak sain...tang dada! Boleh?) Hak tuih!!

Teka sapa mai jenguk aku tadi? Sebelum tu kasi ketawa dulu....muahahahahahaha.......muahahahahaha.........muaahahahahaha..........8x lagi...8 lagi Nampak muka dia jalan mai kat aku terus lidah aku tukaq tune. Sapa suruh dia start dulu.

Aku: Tan Sri (sambil huluq tangan salam)

Dia: Habaq baik. Terima kaseh la sutuju buat appointment nak jumpa saya.

Aku: (Dengan bangga diri tanpa disuruh dan tanpa ditanya) Saya orang Penang gak. (eh! tetiba mengaku orang Penang padahai x pernah aku mengaku orang penang. Apa kes?)

Dia: Penang tang mana?

Aku Saya dok Bertam (padahai dok ja di Bertam asai orang kedah...akakakakaka...perasan. Ahh!! Pedulik apa aku, janji show off, sambil angkat kening 'The Rock')


Dia: Oooih! Orang Bertam. Ni orang besaq ni. Orang Perdana Menteri. (Aku terkedu sambil tertelan ayaq liuq) (setau aku PM adalah Najib, orang Pekan mai mana PM orang Penang ni)

Ohhh...baru aku teringat dia dok pikiaq Pak Lah masih PM. A few moments lepas tu baru dia tersedaq dari lamunan terhenti nyanyian Aris Ariwatan tu yang PM sekarang adalah Najib.

Aparah!!

Ni la orang tu. Hensem. Sebab tu la aku tune lari bila tengok dia. Ala-ala Shah Rukh Khan wa cakap lu. Tak percaya? sila tengok sendiri....












Tan Sri Abdul Kadir (Kadiaq) Sheikh Fadzir (Faziaq)
I lah orang yang dimaksudkan itew
p/s Awat mulut hang berpasiaq?