...as you enter it, please be calm, please do not do any harm. I repeat! This is my land & you know it...
Tuesday 25 November 2008
Monday 24 November 2008
Apa yang aku merepek ni Syaitonnn...
Kenapa? Sebabnya office aku dah block dah semua-semua benda alah yang pada fikiran depa boleh melalaikan pekerja, membataskan hubungan sesama rakan sekerja, melembabkan produktiviti dan sebagainya lah. Shitlah.
Ye lah nanti kang dok sibuk berYM kawan sebelah cubical sendiri pun tak kenal. Ye dok? So aku mengambil inisiatif kita beremail sajalah. Bayangkan cam kita tengah berYM.
Gayut telepon? Uish!! tak nak aku...pemalas nak pegang gagang. Plus aku bukan kaki gayutnya orang.
Kawan: Oi!! Balik awai malam ni!
Aku: Apahal balik awa!? Ada apa? Nak banje aku pizza ke? ok je?
Kawan: Nenek ko kim salam nak banje pizza.
Kawan: Ni ha...tetiba...Rasa cinta.. kini mula membara..
ternyata keliru & tak menentu.. ku bersalah kerna menggunakan helah..
bla bla bla.. la la la...(macam tengah menyanyi)
Aku: Apa yang ko merepek ni syaitonnnn!!!!???
Kawan: Cite ku milik mu ler... Aparaaa...
Aku: ohhhhhhhh.....Itu ke.
(Aku terjebak tgk cerekarama di tv3....help!) AKu ingatkan ini adalah mentera nak panggil waris keluar daripada kubur.
Akakakakakaka. Taksub sial citer Kasih ku seru.
Kawan: Sape yang merepek ni syaitonnnn? Aku ke kau syaitonnn...??
Ntah kenape bila terbaca ni kat email aku kepala hotak aku fikir citer si Waris nih. Walhal member aku citer pasal citer lain. Bordo nih..
Cisss....!! Nampak sangat tidor tengahari kat office lepas tu cukup time bangun tidor dok mamai-mamai tak basuh muka dan kumur mulut lagi terus buka email. Hambik ko setan, SYAITONNNNN.....
Sunday 23 November 2008
Santubong: Last day
Tengok kucing yang paling atas sekali. Itu diberi gelaran Kukus.
Kucing + Tikus = Kukus.
Paling bawah Kucing + Musang = Kusang. Lagi tak boleh belah dowh...Aduyai...
Penganugerahan sijil.
Santubong: 3rd day
Ok. Skang di pasar Satok ke Saratok ntah. Tengah tengok ikan masin terubuk yang banyak tulang susah nak makan tu.
Dan akhirnya 3rd attempt baru lah kitaorang berjaya menyelesaikankan ikatan ni. *sorak-sorak gembira* Office kau adalah team yang ke 42 berjaya menyelesaikan ikatan ni. Faci aku cakap dah banyak kursus diaorang buat mesti ada aktiviti ikat tali tak guna ni dan kebanyakan organisasi lain give up.
Thursday 20 November 2008
Santubong: 2nd day - Obstacle Race
Selepas merangkak menyulur macam biawak tu kena lepaskan halangan ini pulak, iaitu spider web. Masa ni lah nak tengok kelembutan badan korang. Ada banyak lubang di situ, jadi setiap orang kena lepaskan diri dari web ni tanpa tersentuh sikit pun badan di tali ni. Faci akan perhatikan setiap langkah. Tersentuh tali kalu, dianggap batal, kena start all over again. Ingat senang beb...? Badan aku dah la macam anak gajah. tapi aku dah nampak dah lubang besar kat tengah web tu. Sekali faci aku cakap "Lubang besar ni tak boleh masuk ok. Cari lubang lain. Lubang ni hanya untuk kakak gemok baju pink kat belakang tu". Hampeh!!
Kali ini kena berjalan turun bukit atas batang kayu yang tercacak kat tanah tu. Ala-ala Bruce Lee belajar kungfu la. Baju oren tu chief group aku tengah dok peratikan anak buah turun bukit kecik ni.
Pujian harus diberikan kepada chief sebab berjaya tarik anak gajah ini naik. Tapi ko kena sedar chief ada beban besar lepas ni kita kena angkat. Jeng...jeng...jeng...
What we do is, bagi orang lelaki naik dulu tunggu atas tembok tu (alahai orang lelaki group aku semuanya keding-keding belaka). Tugas diaorang kat atas tu untuk tarik orang naik ke atas tembok. Ahli kumpulan yang lain kat bawah tolong tolak naik dari bawah. Orang pertama yang kitaorang nak lepaskan adalah yang ini. Bismilahhirrohmanirrahim.....satu...dua...tiga...hiakkk!!! erghhhh!!!....sambil muka berkedut dan
Wednesday 19 November 2008
Santubong: 2nd day
Beza kan photo edit dan tak? Photo atas sudah diedit. Photo tok sik edit.
Memperkenalkan....."SENANG JAK!!". Asalnya letak senang jer, pastu kitaorang tukar dalam loghat melayu sarawak, maka jadilah Senang Jak. Rileks, cool, mantap tu motto group kamek. Oleh kerana senang jak, maka group aku adalah yang paling tercorot. Hahaha.. Mahu tak, apa hal pun, "SENANG JAK!!", kena marah pun "SENANG JAK!! Cam haram... Ada lagi 3 kumpulan selain Senang Jak, ada Kenyalang, Infiniti dan Idealistik.
Omg!! You sooooo gaysssss....
Kamek cuba menjadi orang ketiga dalam hubungan tok. Haha.. Dah la posing sama. Dua-dua kenan pouty lips. Cam haram. Kamek belajar dari peeja ni...kihkihkih. jangan marah ar...
Bersambung....