Monday, 17 November 2008

Baru balik ni....

Ok, aku baru balik dari Sarawak. Aku ke sana pun atas dasar kursus. Biasalah penjawat awam mesti lah ada kursus bagai. Nak tahu apa tajuk kursus tu?

"MODAL PEMBANGUNAN INSAN"

Hahahhaaha....memang tak boleh blah. aku berkursus 4 hari. Nama aku naik untuk 2 kursus. Satu di Penang satu di Sarawak. Sudah pasti lah aku pilih Sarawak, tempat yang aku tak pernah jejak. Penang? tiap-tiap bulan aku balik Penang. Ehem!! tiap-tiap bulan ke?

Jadi, Satu sejarah telah tercipta dalam hidup aku pada tanggal 13 November 2008 jam 11.50 pagi aku dengan ini menjejakkan kaki aku di tanah Sarawak. Tahun depan pasti masuk soalan SPM nya lah....

Maka dengan ini aku akan bercakap Sarawak walau pun aku dapat belajar 2-3 kerat jer. Kamek sik peduli, nak kelakar juak.

Di Sarawak, kamek duduk di Damai Beach Resort, Santubung. Hotel tok tepi pantai. tapi kamek frust dari KL berkobar-kobar beli beach short, sampei saja sia sik boleh mandi laut. Bendera merah. Hampeh! Ombak lebih kurang tinggi almari baju la. Kitak beranikah?

Hari-hari jadual kamek penuh dengan aktiviti. Memang sik ada masa nak pergi mana juak. Balit-balit kelas, makan, tidur, kelas makan tido. Laksa Sarawak pun sik sempat makan di sitok. Ok lah juak kamek sempat makan mee kolok. Kira lepas juak ngidam kamek. Sik nyesal la datang sitok dapat merasa mee ni juak.

Aktiviti start as early as 6.30am until 11pm. Faci pun ok. Sidaknya kamek rasa bersungguh-sungguh nak bagi talk, pandei molah lawak juak bagi kamek orang tetak. Sik bosan sangat.

Banyak gambar kamek nak tepek di sitok. Lain entri kamek tepek lah. Tapi yang pastinya lain kali kemek mauk ngagak sitok lagi.

Mun ada orang Sarawak terbaca blog tok, minta ampun banyak-banyak. Tolong la betulkan.

Its an honour for me I can speak Sarawakian dialect eventhough it just a simple words of it. Really I do want to learn more. I found it very interesting dan bahasa ini sangat lembut. Betul.








3 comments:

f.a.t.g.i.r.l.s.l.i.m said...

Sungguh skebo (skema+bosan) tajuk kursus tuh..hahhahahha. Aku seriously malas sehh nak attend course macam nih, buhsan giler. Tapi seronok jugak dpt jalan-jalan cari pasal..hahhaha

peej said...

kamek sik paham..
xa mcm betul je ayat aku tu..haha..
tp best apa dpt juga berjalan..

My Spirit Finger said...

yati,
wajib seh. office aku kalo dah kuar memo ada nama ko kena attend mmg kena p. kalo tak bagi la surat tunjuk sebab.

peej,
betul la tu. kamek pun bukan pandei benar molah sarawak ni. dikit-dikit ja.