Thursday, 6 November 2008

Demam lagi dan Sivik....Ahhh!!

Aku kena selesema lagi. Pelik aku, apasal asyik aku je yang kena...ada pembawa sikit mesti berjangkit, sapa selesema mai dok sembang dengan mesti berjangkit. Memang dasar antibodi aku tak kuat lah dan pemalas dan penakut makan ubat. ini lah bahananya.

Aku baru je kena selsema bulan puasa hati tu. Sampai Dr. amik darah lah pegi test. Aiseh...! Kena lagi. Tak pe, kuat kan semangat. Kerja! Kerja!

Aku bukan nak cerita pasal aku demam sangat sebenarnya. Ahh! Itu perkara kecil. Tapi aku aku nak tanya pasal kesedaran Civics. Adakah semua orang ambil peduli hal ini. Maksud aku bukan konteks di sini saja, bahkan melampaui sempadan sekali pun. Diaorang ambil peduli tak hal ni. Aku rasa? Kau rasa?

Kalau naik public transport ko dapat duduk, tetiba depan ko tengah berdiri orang tua, perempuan mengandung, orang patah kaki ke tangan ke, mak bapak tengah dukung anak ke, apa ko tak de rasa ke? Simpati ke kesian ke?

Nak-nak ada juga yang berebut tempat duduk dengan orang tua, tolak-tolak orang. Lagi la sial kan. Isu ini memang la sudah biasa sangat, bagi aku la. Tapi aku cukup terasa bila jadi depan mata.

Ala bai...ko jantan lah, muda lagi. Kasi je lah seat tu kat brader dukung anak tu. Tak patahnya kaki ko berdiri. Ini ko biar sampai brader tu turunkan anak dia mungkin tangan dah lenguh agaknya. Anak dia yang baru setahun tu pun kena berdiri sama mak bapak dia. Hissh!! Lancau la lu!!

3 comments:

tank said...

bagaimana kalau jantan itu mempunyai kecacatan kaki dalaman?

My Spirit Finger said...

ya. such as? kejadian depan mata la bang. Anyway, tq for drop by.

JMAM said...

sudah biasa senario begini..hazab kalau naik Putra LRT... perempuan mengandung pun tak de org hirau..dari Dang Wangi Ke Kelana Jaya..tak de org simpati..diri laa kau kat situ... talking true experiance.