Wednesday 25 August 2010

I know you running faster than me Rabbit...damn it

Haih....awal-awal pagi sudah bikin marah. Internet slow macam kura, macam mana nak buat kerja. Sudahlah kerja saya nak kena surf sana surf sini, terus melambat dan melembabkan kerja. Sorry lah Encik Kura-Kura, itu saja contoh terbaik yang saya boleh bagi untuk menggambarkan betapa saya ketensionan terhadap kerja disebabkan kelembapan ini.




(Sori abang....I pinjam gambar u dari google)

Wednesday 11 August 2010

Tummytrim

Hai perut.....saya tahu anda lapar. Saya pun lapar juga. Tapi tolonglah jangan bunyi kuat sangat. Please please please. Malu I tau. Kalau dah orang depan belakang kiri kanan sanggup tercari-cari bunyi apakah itu yang pelik sangat, apakah maknanya itu? Perut saya, jangan bunyi kuat sangat tau......maluuuuuuuu.

Two more days to go and I am counting

Entah kenapa minggu ini saya sangat homesick. Perasaan ini semakin membuak-buak bila tiba bulan puasa ini, bukanya tak pernah berjauhan dan tidak berpuasa sekali sebelum ini walhal sudah lebih 10 tahun saya menetap di sini. But the feeling this time sangat berbeza dan kinda weird for me sebab saya homesick because I miss my dad so much.

We seldom talked to each other. Since I was young I guess. Tiada masalah dalam perhubungan kami, tidak bergaduh tapi entah memang kami kurang bercakap dan akrab. Semuanya dilebihkan kepada emak. Emaklah segala-galanya, hingga telefon ke rumah pun walau abah yang angkat tetap nak cakap dengan mak. Kadang-kadang terfikir juga tidakkah abah terasa hati semua panggilan hanya dibuat untuk emak. Tak pa abah ok kot....nak sedapkan hati sendiri.

Well, 2 more days am counting every minute and hour to go home. Abah, all I want to do is to give you big hugs and kiss. Mak, tolong jangan jealous to both of us I miss u too and how I miss your cooking especially your pulut kuning and kari ayam. Now it make me craving for it. Emak, tolong masak ya. Abah, nanti kita pergi pasar Ramadhan sama-sama ya. One more thing, Abah... I'm a big girl now. Being away from you had taught me a lot of things.

Tak sabarnya nak balik kampung.

Tuesday 10 August 2010

Hormon!!

Asal bangun tidur je nak hangin, asal bangun je nak hangin....haihhhh.. Dah tak de kerja lain ke nak buat selain daripada tidur dan ini hanya terjadi di bulan puasa sahaja. Why? Sebab tak boleh makan? Sebab mulut terkawal dari bergossip? Sebab tak boleh ke seberang ke Watson? Panas? Tak larat? Alasan saya puasa lah! Walhal sebelum ini tak kira panas terik ke hujan ke nak juga berjalan keluar. Dapat berpoya-poya hanya sekejap pun dah ok. Betul lah, terperuk di office sampai tak keluar-keluar pun tak boleh jugak kan. Sisa-sisa kena maki dek bos pagi tadi pun kena lontar jauh-jauh juga.

Sekarang saya tak paham apa ada dengan masalah saya ni?


Hahaha...Saya hangin kerana tak dapat tidur dengan selesa. Berebut sofa sekangkang kera dengan si Alip yang nyata-nyatanya dia lah menang sebab badan dia adalah balak (ops!...tersasul, puasa). Saya hangin sebab bobbi dan alip dapat menikmati tidur yang indah walaupun sekejap. Saat indah bila terdengar dengkuran masing-masing. I hate both of you! Dan sekarang sangat sejuk sebab badan tiada alat pembakaran.

Ramadhan...esok je

Dear friends and family,

May Allah bring happiness for you. Have a blessed Ramadhan.


Love,
Dzaza

Ouch!! It's hurt #2


So, ini lah hasilnya menderma darah tempoh hari. Nak derma lagi nak derma lagi nak derma lagi nak derma lagi.