Tuesday 10 August 2010

Hormon!!

Asal bangun tidur je nak hangin, asal bangun je nak hangin....haihhhh.. Dah tak de kerja lain ke nak buat selain daripada tidur dan ini hanya terjadi di bulan puasa sahaja. Why? Sebab tak boleh makan? Sebab mulut terkawal dari bergossip? Sebab tak boleh ke seberang ke Watson? Panas? Tak larat? Alasan saya puasa lah! Walhal sebelum ini tak kira panas terik ke hujan ke nak juga berjalan keluar. Dapat berpoya-poya hanya sekejap pun dah ok. Betul lah, terperuk di office sampai tak keluar-keluar pun tak boleh jugak kan. Sisa-sisa kena maki dek bos pagi tadi pun kena lontar jauh-jauh juga.

Sekarang saya tak paham apa ada dengan masalah saya ni?


Hahaha...Saya hangin kerana tak dapat tidur dengan selesa. Berebut sofa sekangkang kera dengan si Alip yang nyata-nyatanya dia lah menang sebab badan dia adalah balak (ops!...tersasul, puasa). Saya hangin sebab bobbi dan alip dapat menikmati tidur yang indah walaupun sekejap. Saat indah bila terdengar dengkuran masing-masing. I hate both of you! Dan sekarang sangat sejuk sebab badan tiada alat pembakaran.

No comments: