Saturday 7 February 2009

Wake up call di hari minggu #2


Amithaba...yeah cuti sampai senin


Aiseh aku kerja lagi di hari sabtu yang sememangnya hari aku membongkang tidur. Seperti biasa sms masuk:

I sampai office around 10.45am

From: Mr. Boss
9.58am


Uwaaaaaaaa.....tak boleh ke kalau tak kacau hidup aku sehari. Aku turun di Stesen LRT Pasar Seni, aku tengok orang dah ramai. Ah! Aku memang tak suka orang ramai ramai ni, rimas. Pastu ramai pulak orang berbangsa India sekitar situ, ramai daripada hari-hari biasa. Mungkin nak jenjalan dengan famili di hari minggu kot. Aku jalan terus.

Sambil aku jalan tu aku peratikan orang, baru aku perasan ramai di antara mereka ni jalan tak pakai kasut. Ada la dalam 4-5 orang yang aku nampak. Aku pun terdetik wow!! new style in town ker? mesti tengah "in" ni. Alangkah ketinggalannya aku. Dasyat sungguh, jalan atas tar yang panas-panas tengah hari buta ni pun buat tak heran jer. Biar akit, tak pe, stail beb...

Gamaknyer balik kang terpaksa la pilih kasut mana yang aku nak buang. Tak per stail punya pasal, pejam mata je buang. Lepas ni aku nak jalan kaki ayam. Biar orang tahu yang aku ni memang mengikuti fesyen semasa. Perghh...!! Tak nak kalah tu. Biar orang tengok aku rasa kagum.

Lepas tu aku tengok ramai juga dia orang ni yang pakai baju sama color. Satu color je, color kuning. Bukan sorang atau satu famili bahkan ramai orang dan ramai famili. Oh!! mungkin hot color kot sekarang ni, hati aku cakap. Punjabi suit in hot yellow. Tak kan lah dia orng berjanji sesama jiran sebelah rumah hari ni nak ronda-ronda town kita pakai color kuning kot.

Aku pun teruskan perjalanan aku ke office. Bila aku sampai Mr. Boss dah ada. Akakakakaka....tunggulah aku di situ. Punya buat kerja aku tengok office calendar. Oh! Rupa-rupanya esok hari Thaipusam. So aku cuti sampai hari Isnin.

Patutla ramai kaum India pakai baju color kuning. Rupa-rupanya bukan hot color. Color kuning tu memang ada kaitan dengan keagamaan mereka lah untuk sambut Thaipusam. Yang tak pakai kasut pulak bukannya hot style in town tapi sebab diorang berpuasa dan bernazar dan juga tuntutan agama. Berkepala botak pula tak kira lelaki atau perempuan pulak kerana mereka bernazar dan berhajat kepada Dewa Murugan untuk menyucikan segala dosa. (perempuan kepala botak bukan hair style Sinead O'Connor ye!)

Jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Ini aku dapat info dari wikipedia lah.


bvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvgyhhhhhhhhhhhhs (ini aku tak tau apa kemenatang maksudnya. Hanan anak nonoy yang taip. Bahasa arab kot....oooih tak sangka kawan, kucing arab ni pi sekolah pandai abc...)

Hot style in town konon. Apara aku ni....podah!!

1 comment:

peej said...

buduh tau..hannan yg taip..gilo..
saya ye ye la ingatkan tu sejenis bahasa sembahyang india ke apa..konon2..."ohmmmmmmmmmmmmm"

kalau pergi area batu caves lg scary ok..dulu saya pergi..sebab umah ben area tu...mmg pesta la..takottt..