Sunday 21 December 2008

Jejak Kasih Itu Betul-Betul Menjadi

Pernahkah anda melihat atau menonton rancangan Jejak Kasih di TV3? Saya rasa rancangan ini benar-benar mujarab la, kerana saya telah dipertemukan dengan saudara saya yang telah terpisah selama setahun....hahahahaha..poyo je.

Kami dianggap 2 beradik yang sejoli. Sekali pandang, orang akan cakap, "errrr, abang you ke?" Aku dalam keadaan terkesima jawab balik tanpa berfikir panjang, "a'ah abang". Spontan keluar dari mulut. Lepas tu aku berfikir, betul ke adik beradik dengan dia? Memang ada iras ke aku dengan dia? Apa yang menyebabkan semua orang yang kami selisih akan tanya soalan yang sama.

Oleh kerana sudah malas dengan seribu pertanyaan yang sama, lepas itu jumpa orang saja sebelum orang itu buka mulut nak tanya aku terus potong sambil cakap, "Ini abang saya, samakan muka kami berdua". Dan orang itu percaya bulat-bulat. Inilah bukti yang terbukti dan membuatkan orang percaya bulat bulat tanpa berfikir atau terconfused yang benarkah kami ini adik beradik.







Februari 2007


Ok. Mari kita tengok persamaan yang ada pada saya dan abang betul instant seperti yang difikirkan oleh orang-orang yang berselisih dengan kami pada hari kejadian itu.

Jisim isipadu kebulatan muka = sama.

Kepadatan warna tone kulit = Sama, bermaksud sama-sama gelap.

Kadar kesepetan mata = Hampir sama. Kadar kecukupan tidur saya adalah kurang pada masa ini, dengan kadar mata bengkak yang agak teruk ditambah berposing di tengah panas mungkin ini yang membuatkan mata saya macam sepet. Macam je lah.

Keterongaan hidung = Masih mempunyai hidung yang agak sama-sama kembang bunga pagi yang melilit di pagar yang cuma kembang pada waktu pagi saja.

Hemm...apa lagi...

Kadar isipadu saiz badan = Hampir sedikit saja lagi akan menyamai rekod abang betul instant saya ini.

Setelah meneliti gambar di atas barulah saya faham kenapa orang begitu confident mengatakan yang kami ini benar-benar adik beradik. Aiyaa..!!

Gambar di atas diambil setahun yang lepas. Setelah kami terpisah, baru-baru ini kami di pertemukan kembali melalaui pertemuan jejak kasih yang telah dirancangkan. Cepat buat kenduri kesyukuran. Akakakakaka....tapi kali ini dengan keadaan fizikal yang telah berbeza. Mari kita saksikan..jeng..jeng..jeng..


November 2008

Setelah mengalami proses fotosintesis dan pengambilan klorofil yang mencukupi, yeah!! kulit kami sudah semakin cerah. Muka saya ada panjang sedikit, yang penting itu badan pun sudah mengecil sedikit dan tidak bulat lagi. Tapi itu abang tetap maintain besar..Hishh!

Oleh itu, bukan senang menjadi kurus bukan senang juga menjadi gemuk...Tidur malam ni mahu mimpi. Aku nak kurus...aku nak kurus...aku nak kurus...Oh! Dia bukan saudara saya. kami tidak pernah ada pertalian darah pun. Tumpah darah pun tak.

No comments: