Thursday 20 November 2008

Santubong: 2nd day - Obstacle Race

Ok. Ini masih lagi hari kedua sebelah petangnya. Untuk aktiviti riadah aku telah didera oleh fasilitator untuk buat Obstacle Race, tapi race secara berkumpulan la dan kumpulan mana masanya paling cepat menghabiskan semua disiplin akan dapat markah ribu-ribu.


Tak semua halangan aku ada gambar. So sku start dengan 2nd disiplin. Ini lebih kurang macam jambatan kecil la. Batang kayu dia pun tak besar mana, rasanya size peha orang yang sederhana cam aku kot. So setiap orang kena berjalan atau mengesot macam kakak tu buat. Sebab titi yang pertama agak tinggi.



Seterusnya, kena merangkak menyulur bawah tali ni. Siapa pernah tengok cerita Kombat tahu lah. Masa ni lah habis luka siku aku. Kaki aku semua lebam. Tak pe..kental beb...


Selepas merangkak menyulur macam biawak tu kena lepaskan halangan ini pulak, iaitu spider web. Masa ni lah nak tengok kelembutan badan korang. Ada banyak lubang di situ, jadi setiap orang kena lepaskan diri dari web ni tanpa tersentuh sikit pun badan di tali ni. Faci akan perhatikan setiap langkah. Tersentuh tali kalu, dianggap batal, kena start all over again. Ingat senang beb...? Badan aku dah la macam anak gajah. tapi aku dah nampak dah lubang besar kat tengah web tu. Sekali faci aku cakap "Lubang besar ni tak boleh masuk ok. Cari lubang lain. Lubang ni hanya untuk kakak gemok baju pink kat belakang tu". Hampeh!!



Turn aku dah lepas. So tunggu kawan-kawan lain dulu sebelum ke disiplin seterusnya.



Kali ini kena berjalan turun bukit atas batang kayu yang tercacak kat tanah tu. Ala-ala Bruce Lee belajar kungfu la. Baju oren tu chief group aku tengah dok peratikan anak buah turun bukit kecik ni.


Ini adalah obstacle yang ke 5 kalau tak silap. Tembok macam bumbung rumah. Chief tengah tarik aku naik atas. Putus la urat kentut ko tarik aku. Hahahaa.... Tengok la tu, tonggeng baik nya. Kalau anda rasa anda ada pertalian darah dengan aku, oh! tolong tinggalkan page ini.


Pujian harus diberikan kepada chief sebab berjaya tarik anak gajah ini naik. Tapi ko kena sedar chief ada beban besar lepas ni kita kena angkat. Jeng...jeng...jeng...




Sudah sampai ke tembok terakhir. Kali ini tembok konkrit pulak. Lagi cam haram. Ko ingat aku ringat ke nak lompat tu. Masa ini lah ujian sebenar kepada semua orang. Ujian di mana masa ni lah nak tengok ko nye persefahaman, kerjasama, usaha, kerja berat, leadership, macam mana nak atasi masalah ko dalam kumpulan. Ada beban besar tu macam mana nak buat. Tak kan nak biar dia panjat sendiri. Sampai tahun depan pun aku rasa akak besar tu tak lepas-lepas.



What we do is, bagi orang lelaki naik dulu tunggu atas tembok tu (alahai orang lelaki group aku semuanya keding-keding belaka). Tugas diaorang kat atas tu untuk tarik orang naik ke atas tembok. Ahli kumpulan yang lain kat bawah tolong tolak naik dari bawah. Orang pertama yang kitaorang nak lepaskan adalah yang ini. Bismilahhirrohmanirrahim.....satu...dua...tiga...hiakkk!!! erghhhh!!!....sambil muka berkedut dan


Hoyeah!!! Berjaya!! Adik Syanie ini berjaya diangkat dan lompat ke sebelah tembok tu. Phewww!! Kesat peluh di dahi sambil nafas laju-laju.

2 comments:

peej said...

huish...scary eyj..x suke la..kalau aku kene panjat tembok mcm tu..mmg terkentut2 la..
nasib la sape yg kene tolak dpd bawah..haha..

My Spirit Finger said...

peej,
kalo peeja kentut, apa lagi mesti org yg angkat tu lepaskan pija beramai-ramai.kentuiu busuit...hehehehe