Tuesday 25 November 2008

Kalo saya tak mo p, boleh ka?

Besok kena pi (atas arahan sebenarnya) utara pulak dah. Ahhh!! Adoi penatnya. Tanah ini akan senyap seketika.

Monday 24 November 2008

Apa yang aku merepek ni Syaitonnn...

Medium aku berkomunikasi di office dengan kenkawan di office lain adalah menggunakan email. Kelakarkan? Orang lain berYM, berMSN tapi aku pakai email.

Kenapa? Sebabnya office aku dah block dah semua-semua benda alah yang pada fikiran depa boleh melalaikan pekerja, membataskan hubungan sesama rakan sekerja, melembabkan produktiviti dan sebagainya lah. Shitlah.

Ye lah nanti kang dok sibuk berYM kawan sebelah cubical sendiri pun tak kenal. Ye dok? So aku mengambil inisiatif kita beremail sajalah. Bayangkan cam kita tengah berYM.

Gayut telepon? Uish!! tak nak aku...pemalas nak pegang gagang. Plus aku bukan kaki gayutnya orang.

Kawan: Oi!! Balik awai malam ni!
Aku: Apahal balik awa!? Ada apa? Nak banje aku pizza ke? ok je?

Kawan: Nenek ko kim salam nak banje pizza.
Kawan: Ni ha...tetiba...Rasa cinta.. kini mula membara..
ternyata keliru & tak menentu.. ku bersalah kerna menggunakan helah..
bla bla bla.. la la la...(macam tengah menyanyi)
Aku: Apa yang ko merepek ni syaitonnnn!!!!???

Kawan: Cite ku milik mu ler... Aparaaa...
Aku: ohhhhhhhh.....Itu ke.

(Aku terjebak tgk cerekarama di tv3....help!) AKu ingatkan ini adalah mentera nak panggil waris keluar daripada kubur.
Akakakakakaka. Taksub sial citer Kasih ku seru.

Kawan: Sape yang merepek ni syaitonnnn? Aku ke kau syaitonnn...??

Ntah kenape bila terbaca ni kat email aku kepala hotak aku fikir citer si Waris nih. Walhal member aku citer pasal citer lain. Bordo nih..

Cisss....!! Nampak sangat tidor tengahari kat office lepas tu cukup time bangun tidor dok mamai-mamai tak basuh muka dan kumur mulut lagi terus buka email. Hambik ko setan, SYAITONNNNN.....

Sunday 23 November 2008

Santubong: Last day

Hari terakhir ni best yahoo!! Sebab tak payah bangun awal pagi untuk senaman dah. Boleh golek-golek atas katil. Hari ini lebih banyak kepada rumusan sepanjang 4 hari aku berkursus. Antara sesi paling best adalah melukis kucing sendiri. Hahahaa.....ada yang lukis cam haram... termasuk aku. Nasib kucing aku tak termasuk dalam randomly snap. Macam-macam jenis kucing ar ko boleh jumpa yang aku sendiri pun tak pernah sangka tahu akan kewujudannya di muka bumi ini. Pergh! skema.


Tengok kucing yang paling atas sekali. Itu diberi gelaran Kukus.

Kucing + Tikus = Kukus.

Paling bawah Kucing + Musang = Kusang. Lagi tak boleh belah dowh...Aduyai...

Ok, sini pulak. Paling kanan sekali cuba teka apa dia? Haaaa....Itu lah spesis terbaru kacukan kucing dan itik. Maka jawabnya Kutik la nak-anak sekalian. Kucing + Itik = Kutik




Penganugerahan sijil.


Dengan abang yang namanya memang abang iaitu Abang Mohamad bin Abang apa ntah...Staff cawangan Sarawak.



Oh! Ini abang paling cool. Orang lama. Abang Halid "The Tokyo Drift" kat office aku. Nama wife Mariam. Nama awek Murni. Jika 2 nama ini digabungkan menjadi satu nama yang sangat ayu iaitu Mariam Murni. Oh! Jangan mencantumkan dua nama ini di depan beliau kerana akan ditempeleng 8 kali dan 8 lagi.
Maka berakhirlah perjalanan pengalaman aku di sana. Tak sabar nak balik kampung nak jumpa mak & abah.

Santubong: 3rd day


Senaman lagi...


Dan lagi.....



Gambar ramai-ramai dulu, sebelum mulakan perjalanan. Hari ni kitaorang akan ke bandar Kuching, tapi bukan untuk makan angin, juga kena buat aktiviti. Setiap kumpulan di beri tugasan ala-ala Explorace. Sambil kerja sambil shopping la, kalo sempat.




Cuba perhatikan pakcik t-shirt putih ni. Kemaruk ambik gambar siut. Siap posing stail tengah nyanyi lagu Negaruku tu. Dia tak sedar belakang kalu semua orang dah habis posing dah, dah nak gerak dah. Aku yang cukup serabai mampus tak hengatnya.




Pemandangan Gunung Santubung dari dalam bus.




Ini adalah di salah satu kilang kek lapis terkenal di kuching. Dayang.... apatah nama kilang ni. Member aku tengah pose menunjukkan gambar-gambar artis yang diframekan yang pernah datang ke kilang ni. Di sebelah nya aku yang serabai mampus tak hengat. So hari ni, kitaorang dikira artis jugalah.




Cowgirl sesat di bandar Kuching. Hey!! I'm lost. Have you seen my horse? Sebab takut anasir jahat berlaku aku pasang bodyguard di depan dan belakang. Jaga-jaga kakak tu nampak cam tak best jer...dalam sling bag dia ada pistol tu.




Akakakaka...koboi naik bus. Masa ni kuda aku tengah mandi kolam kat hotel. Sebab tu la dia tak nak ikut. Gian siot mandi kolam dengan mat salleh bogel...hish!!

Ok. Skang di pasar Satok ke Saratok ntah. Tengah tengok ikan masin terubuk yang banyak tulang susah nak makan tu.


Apa la yang ko merepek ni bai... Kamek.....bla bla bla bla... kitak bla bla bla bla... ikan bla bla bla... masin bla bla bla... terubuk bla bla bla...




Mai-mai, pilih-pilih. Hem...nak beli yag mana ni. Nasib baik ada translator di kanan aku tu. Ko jangan tipu bai...geng aku banyak kat situ. Fening-fening. Pasar ini memang terkenal dengan terubuk masin bagi sesape yang belum pernah ke Sarawak lagi la. Ada macam-macam size ikan. Ko nak besar ke kecil ke sederhana ke semua ada dan harga pun berpatutan dan dijamin tak busuk sehinnga ko balik semenanjung.


Aku pun terjebak, aku beli sebagai buah tangan untuk mama nani. Oh! speaking of her she is hospitalized now. Hope she's getting well soon.


Masa ni dah balik ke hotel dan sambung semula aktiviti di dewan.






Ini aktiviti palig best. Ini memerlukan kerja sepasukan. Faci rentangkankan tali lebih kurang tennis court panjangnya. Apa yang perlu dilakukan? Kami kenamembentuk ikatan simpul dengan tali yang diberi tu. Ingat senang siap gaduh-gaduh lagi. Tapi tu semua ujiannn.
Ini tengah pegang tali untuk tunggu instruction dari ketua. Ada syarat untuk aktiviti ni. Kalo dah pegang tali tu tak boleh gerak sikit pun segala jari tangan ko bagai dari tali tu. Kalo gerak di kira batal. Kitaorang cuma ada 3 attempt je. Kalo ko rasa nak kentut tapi malu, abaikan lah. Kentut lah sekuat hati ko, sebusuk kentut ko. Kalo rasa gatal garulah siap-siap sebelum pegang tali. Faci dengan urusetia memang dok peratikan jari tangan suma, siap goda-goda lagi.
Tengok lah tali dia besar mana.



Masa ni dah mula mengikat dah ni. Aku tengah tunduk nak masuk lubang ikatan tu. haru diingat ikatan harus dibuat 2 kali. So ada 2 lubang, hati-hat jangan tersalah masuk lubang. Kes Naya!!


Dan akhirnya 3rd attempt baru lah kitaorang berjaya menyelesaikankan ikatan ni. *sorak-sorak gembira* Office kau adalah team yang ke 42 berjaya menyelesaikan ikatan ni. Faci aku cakap dah banyak kursus diaorang buat mesti ada aktiviti ikat tali tak guna ni dan kebanyakan organisasi lain give up.




Thursday 20 November 2008

Santubong: 2nd day - Obstacle Race

Ok. Ini masih lagi hari kedua sebelah petangnya. Untuk aktiviti riadah aku telah didera oleh fasilitator untuk buat Obstacle Race, tapi race secara berkumpulan la dan kumpulan mana masanya paling cepat menghabiskan semua disiplin akan dapat markah ribu-ribu.


Tak semua halangan aku ada gambar. So sku start dengan 2nd disiplin. Ini lebih kurang macam jambatan kecil la. Batang kayu dia pun tak besar mana, rasanya size peha orang yang sederhana cam aku kot. So setiap orang kena berjalan atau mengesot macam kakak tu buat. Sebab titi yang pertama agak tinggi.



Seterusnya, kena merangkak menyulur bawah tali ni. Siapa pernah tengok cerita Kombat tahu lah. Masa ni lah habis luka siku aku. Kaki aku semua lebam. Tak pe..kental beb...


Selepas merangkak menyulur macam biawak tu kena lepaskan halangan ini pulak, iaitu spider web. Masa ni lah nak tengok kelembutan badan korang. Ada banyak lubang di situ, jadi setiap orang kena lepaskan diri dari web ni tanpa tersentuh sikit pun badan di tali ni. Faci akan perhatikan setiap langkah. Tersentuh tali kalu, dianggap batal, kena start all over again. Ingat senang beb...? Badan aku dah la macam anak gajah. tapi aku dah nampak dah lubang besar kat tengah web tu. Sekali faci aku cakap "Lubang besar ni tak boleh masuk ok. Cari lubang lain. Lubang ni hanya untuk kakak gemok baju pink kat belakang tu". Hampeh!!



Turn aku dah lepas. So tunggu kawan-kawan lain dulu sebelum ke disiplin seterusnya.



Kali ini kena berjalan turun bukit atas batang kayu yang tercacak kat tanah tu. Ala-ala Bruce Lee belajar kungfu la. Baju oren tu chief group aku tengah dok peratikan anak buah turun bukit kecik ni.


Ini adalah obstacle yang ke 5 kalau tak silap. Tembok macam bumbung rumah. Chief tengah tarik aku naik atas. Putus la urat kentut ko tarik aku. Hahahaa.... Tengok la tu, tonggeng baik nya. Kalau anda rasa anda ada pertalian darah dengan aku, oh! tolong tinggalkan page ini.


Pujian harus diberikan kepada chief sebab berjaya tarik anak gajah ini naik. Tapi ko kena sedar chief ada beban besar lepas ni kita kena angkat. Jeng...jeng...jeng...




Sudah sampai ke tembok terakhir. Kali ini tembok konkrit pulak. Lagi cam haram. Ko ingat aku ringat ke nak lompat tu. Masa ini lah ujian sebenar kepada semua orang. Ujian di mana masa ni lah nak tengok ko nye persefahaman, kerjasama, usaha, kerja berat, leadership, macam mana nak atasi masalah ko dalam kumpulan. Ada beban besar tu macam mana nak buat. Tak kan nak biar dia panjat sendiri. Sampai tahun depan pun aku rasa akak besar tu tak lepas-lepas.



What we do is, bagi orang lelaki naik dulu tunggu atas tembok tu (alahai orang lelaki group aku semuanya keding-keding belaka). Tugas diaorang kat atas tu untuk tarik orang naik ke atas tembok. Ahli kumpulan yang lain kat bawah tolong tolak naik dari bawah. Orang pertama yang kitaorang nak lepaskan adalah yang ini. Bismilahhirrohmanirrahim.....satu...dua...tiga...hiakkk!!! erghhhh!!!....sambil muka berkedut dan


Hoyeah!!! Berjaya!! Adik Syanie ini berjaya diangkat dan lompat ke sebelah tembok tu. Phewww!! Kesat peluh di dahi sambil nafas laju-laju.

Wednesday 19 November 2008

Santubong: 2nd day

Tok adalah pukul 6.30 pagi di sitok. Macam pukul 9 pagi di sinun (KL). Aktiviti dimulakan dengan senaman pagi.


Senang diri.....

Hahaha....senaman melembutkan pinggang katanya...



Golek lutut...golek jangan sik golek...Bobbie G di belakang sia sik dapat ikut. Alasan: Kaki nya cedera. Heh!! Sik aci..


Tok adalah acara "Menarik Tangan Rakan Hingga Putus". Gilo!! Berlatarkan panorama gunung Santubong. Kamek lupa nak madah, hotel tok terletak di kaki Gunung Santubong. Memang kacak.

Acara senaman terakhir "Menarik Telinga Rakan Menjadi Capang". Kitak orang cubalah. Mok?


Mun bab makan kamek memang laju. Buruk lantak.


Close up sikit. Pipi mengembong tengah kunyah makanan.


Tok adalah kumpulan kamek. Masa ni sik ada nama lagi. Belum dibincangkan.


Kamek dengan staff cawangan Sabah kiri dan Sarawak kanan. Nama nya Dewi dan sangat baik.

Sebelum mula kelas ambil gambar beramai-ramai dulu. Sidaknya semua makei baju korporat kecuali kamek...hahaha. Dasar rebellious.

Beza kan photo edit dan tak? Photo atas sudah diedit. Photo tok sik edit.



Ok. Sesi untuk hari kedua telah bermula. Tok adalah salah seorang faci. Kamek orang panggil nya Tuan Haji. Sik bosan bila nya kelakar. Nak tahu kamek tengah merenung apa? Kepala Tn. Haji berkilat. Haha....

Lepas ya, perbincangan kumpulan untuk Bagi nama, motto, wall cry dan macam-macam lagi lah.


Gambar kamek memang banyak di kandid.



Mula menulis...

Sudah hampir siap....


Tok sik tahulah apa masalah nya. "Adi, kenak kitak berdoggy style? Lucah lah lu...haha. Dengan kertas pun mau bikin ka.." Sila simpan semua kertas anda. BAHAYA.


Lepas ya kena present all the works that has been done. kamek jadi tukang cakap dalam kumpulan.


Ini adalah gaya bila orang terover excited memegang mic. Nak tahu apa nama kumpulan kamek? Jeng...jeng..jeng..


Memperkenalkan....."SENANG JAK!!". Asalnya letak senang jer, pastu kitaorang tukar dalam loghat melayu sarawak, maka jadilah Senang Jak. Rileks, cool, mantap tu motto group kamek. Oleh kerana senang jak, maka group aku adalah yang paling tercorot. Hahaha.. Mahu tak, apa hal pun, "SENANG JAK!!", kena marah pun "SENANG JAK!! Cam haram... Ada lagi 3 kumpulan selain Senang Jak, ada Kenyalang, Infiniti dan Idealistik.




Tok adalah sebelah petang, sebelum aktiviti riadah.

Bob gilak!! Nak tahu rahsia sik. Kakak tudung ni, depan gambar ni minat ko...muahahaa...muahahahaha..




Omg!! You sooooo gaysssss....





Kamek cuba menjadi orang ketiga dalam hubungan tok. Haha.. Dah la posing sama. Dua-dua kenan pouty lips. Cam haram. Kamek belajar dari peeja ni...kihkihkih. jangan marah ar...

Bersambung....