Thursday 21 May 2009

Malam Jumaat Kliwon

Dalam kereta semalam on the way balik dari kedai carpet,

"Rumah kita ada sesuatulah, malam semalam ada benda".


Aku dan Apple terdiam pandang sama sendiri. Aku pandang depan, terus kosong kepala hotak.

"Betul. Aku tak tipu. Nasib member aku ada baca-baca kasi halau dia jauh"

Aku dah tak tahan (pada hal takut sebenarnya walau pun favourite adalah menontot horror movie sambil tengok celah jari atau di sebalik bantal atau selimut)


"Ko diam boleh tak, ko pernah makan soup selipar tak?!"

Aku sama-sama dengan Apple


"Apsal ko kena cerita malam ini jugak? Ko tak boleh ke tunggu siang Sabtu ke siang Ahad ke, janji jangan cerita waktu malam. Timing ko salah la. Ko tau tak yang dalam rumah kita ni semuanya berani-berani belaka?"

SuLin telah berasa bersalah kerana telah menceluparkan mulutnya di malam jumaat lalu mengecilkan diri di penjuru kereta.
Lantas aku pun menceluparkan mulut ku juga akibat ketelanjuran si SuLin tadi....akakakakaka...Dalam takut-takut tu

"Apa yang ko nampak?"

"Aku tak nampak tapi kawan aku yang nampak"

"Korang lepak depan sampai pukul berapa malam tadi? Dalam rumah ke luar rumah?"

Si Apple pun tak tahan terus sampuk


"Woi apa ni!!! Tadi cakap suruh shut up you...ni apa hal pulak dok tanya-tanya ni".

"Woi! Shut up you and drive!" (sedap pulak cakap macam ni)

"2 pagi, nampak kat luar rumah la"

"Patut la anjing dok menyalak bersahut-sahut je kat rumah kita"
(hek eleh ko pun sama je tanya)

Ohhh...itu pasal la. Lepak lewat-lewat bergossip bagai, member pun apa lagi kasi join la. Ntah-ntah dah lama dok ngendap tapi takut nak dekat (mesti dia dalam hati "alamak ada geng gossip la, nak join tak nak....nak join tak nak...kang aku join ada yang demam panas pulak. Isshhh...camne ni") Ntah-ntah member pun minat Citi Nurhalija jugak ke, hidustan ke mana tau... (ceh...saja sedapkan hati sendiri)


Lastly, end up ketiga-tiga perempuan menawan itu menghabiskan sisa tidur di ruang tamu together-gether..... Akakakakakaka.....dasar penakut (bukan penakut...tapi berhati-hati. Kan Apple kan?).

6 comments:

Tijah said...

kat umah aku pun ada "sesuatu" jugak tu...mlm tadi kena tindih kauuu.

mak takottt nyahh!!!

Brown said...

eeee saya takot. tak gemar cerita awak tapi ter-baca. hate u man!!

Hajjah Noraini @Nanie said...

Hello, baca fatihah dan qulhuwallah sure lena....

Tapi kena tindih macam Tijah yg bersuami, mama tak geranti lah.... he!he!

NONIE AZIZ said...

hohoho...aku dah biasa citer macamni...takut gak...tapi tak mo pikiaq...

My Spirit Finger said...

Betul lah ma. Tijah tu ye ke kena tindih...ntah-ntah bak kata mama...carlos tindih tak.....wkakakakakaka ampun tijah lariiiiii

Wahidah said...

huhuh...sgt sesuatu...tk suke la benda mcm ne..aduhaii