Thursday, 1 January 2009

*SELAMAT TAHUN BARU 2009*

Bye-bye 2008 dan welcome 2009. Setiap tahun silih berganti, kita ini macam mana? Anda berpuas hati dengan perjalanan hidup anda, pencapaian anda, sumbangan anda dan apa-apa lagi yang telah dicita-citakan pada 2008? How about this year pulak? Sudah ada azam baru? Cita-cita baru?


Well, aku pun ada azam. Azam aku adalah:


1. Aku nak jadi seorang workaholic. Seorang yang kuat bekerja. Nak cari duit banyak lagi. Emmmm...boleh ke? Insyaallah.

2. Aku nak cuba kuatkan lagi perkara 5 waktu aku. Sekarang ni ushi-ushi je (ringan-ringan). Masyaallah perkara macam ni pun masih main-main.

3. Cuba dapatkan paspot dalam tahun ini juga...akakakakaaka stupid me...never cross the border.

4. Nak kurus. (dari dulu aku aku dgr pasal ni. Badan masih sama je)

5. Kerap balik kg jumpa mak abah, kerap telefon diaorang. (Aku memang anak yang terejal dalam famili tapi aku sayang sangat mak abah aku) Ini pun akan cuba di usahakan.

6. Nak cuba selesaikan hutang (credit card). Hehehe...nak habiskan dalam tahun ini juga tak dapatlah. Tapi aku akan cuba usahakan hingga hutang tu tinggal sedikit.

7. Nak belajar memasak hingga jadi terer dan bila balik penang boleh cakap kat abah yang lagi terer masak tu tanya dia nak makan apa, meh nak masak sebab saya dah terer. Heh!! boleh ke?

8. Nak pertingkatkan penguasaan bahasa inggeris, sebab sekarang kerja sudah lebih ke arah bahasa kedua ini.

9. Nak spent more times dengan kenkawan yang dah lama tak jumpa seperti Natra, Adi dan Boboi. Korang adalah kawan-kawan aku yang terbaik. Aku sayang korang.

10. Kahwin? Agagagagagaga...sambil menggeletar lutut........fikir lain lah. Cari duit dulu banyak-banyak.

Sungguh pun aku tak faham dan apakah konsepnya benda tag ini, tapi kali ini aku nak juga tag Cik Peeja dan Puan Jmam untuk entri ini. Apakah azam, misi, keinginan atau kehendak anda untuk tahun baru 2009 ini?

Semoga kehadiran 2009 ini membawa seribu rahmat kepada setiap orang. Tutup buku lama mulakan menulis di buku baru. Semoga hajat anda tercapai.

Sekian terima kasih

2 comments:

JMAM said...

wohoo.. kena tag laa... hmm akan di usahakan...tq...

peej said...

loh kene tag ke..
lagi kali ckpm awal2..x perasan la..
azam??
aku ni mcm xde azam je..mcm mana ye.. hmmmm... ;p