Wednesday 24 September 2008

Apa nak jadi nih...

Masuk hari ni dah hampir 2 minggu aku demam. Selsema dan batuk x hilang-hilang juga. Semakin kuat plak aku menyalak rasanya....Ubat? Hell no. Aku hanya akan makan ubat kalau keadaan dah teruk, macam ari tu, hingga Dr. terpaksa buat blood testing.

Minggu ni adalah minggu terakhir aku bekerja di bawah arahan boss aku skang, dan juga hari-hari terakhir pada boss aku untuk meninggalkan pejabat ni. Kontraknya for 2 years dah tamat dan tidak disambung. So nanti aku akan dapat bos baru yang entah bila. Mungkin 1 bulan, 2 bulan, hujung tahun or maybe next year. Entah...

Colleague tanya aku tak sedih ke boss dah nak blah. Aku rasa...aku x rasa apa-apa. Tiada perasaan. Langsung. Sungguh. Sebabnya? Aku pun x kenal dia exactly lagi. Aku pun baru masuk 2 bulan jadi PA my boss. Aku rasa tempoh 2 bulan adalah terlalu singkat untuk aku mengenali hati budi, keperibadian, dedikasi boss aku. Satu tempoh yang pendek untuk aku nak mengstudi si boss ini.

As to date apa yang aku perhatikan mengenai bakal ex-boss aku ini dia agak clumsy, careless, not well organized, slow, kelam-kabut, pelupa dan banyak lagi la yang membuatkan aku tiada perasaan sempena pemergiannya. Ada staff yang suka padanya but not me lah. Oh!...aku terlupa mention dia beristeri 2 dan aku rasa mungkin ada pertambahan isteri lagi.

Biliknya bersepah, failnya tidak tersusun. Documents, newspaper is everywhere on the floor. Ya! Memang tugas aku untuk mengemasnya. Tapi kalo setiap kali aku kemas hasilnya akan kembali kepada normal do dia, hemm...baik tak payah, kerana setiap kali itu jugalah dokumen yang dia cari tak akan jumpa. So, aku decided let it be, kalo ko nak aku kemas ask for it and my pleasure to tidy it up.

Bos aku species yang tak boleh disergah. Kalau disergah jugak dia cepat menggelabah. Jika ada perkara tidak diingatkan pada dia, dia akan buat do no (don't know) jer. Serius! Aku tak suka. Ya! Memang kerja aku untuk mengingatkan dia but not every little tiny things. Ok, such as kawan dia nak dtg; please remind him. Dokumen dia misplace cari x jumpa; aku jugak berhempas pulas mencarinya. oh! satu lagi, dia x pandai nak guna telefon. Nak intercom pun x reti mah. Sikit-skit jerit nama aku, sikit-sikit jerit nama aku. Come on..wtf! kan.

Bila dia dapat tahu kontraknya x disambung pergi sana sini melobi buat muka sedih buat suara sedih, kononnya "Siapalah saya, orang dah tak nakkan saya dah di sini". Hello uncle! very childish ar you. People pun talk talk about you at behind you know. See... you never know mah. They don't like you either you know.

Tapi sempena dah dekat nak raya ni, aku tetap nak duit raya dari bakal ex-boss aku ni. Aku x peduli. Duit punya pasal tak pe lah, ko lah boss paling best sekali!

Hik..hik...hik...

No comments: