Tuesday, 23 September 2008

Aku nak kurus

Alangkah bahagianya jika puasa ni aku dapat turunkan berat badan dengan ertikata aku menjadi kurus. Oh! how I wish that... Bukanlah maksud aku menduakan ibadah puasa yang mana bulan untuk orang Islam banyak membuat amal ibadat sedangkan niat aku adalah untuk menjadi kurus. Oh! Tidak sama sekali. Saya masih berada di landasan yng betul.

Cuma saya jadikan ia satu faktor atau peluang untuk saya menjadi kurus. Semalam saya dapat komen keramat dari rakan sekerja di mana sudah 3 minggu kita berpuasa cuma semalam baru berjumpa. Komen keramat yang dimaksudkan, "Dzaza, ek! ko kurus lah pose ni". Ini pun boleh membuatkan saya tersenyum lebar ke telinga. Lalalalalalala.....sukahati.

Tidak cukup dengan itu, satu lagi komen keramat juga dari rakan sekerja seorang admin officer, "Betul Dza, dah kurus kalo nak banding masa awal-awal ko masuk sini dulu". Senyum lagi ke telinga. Masa waktu berbuka saya yang tidak puas hati telah bertanya lagi dengan mak kawan saya, "Ma, mama tengok saya kurus sikit tak?". Lantas mama kawan saya jawab, "A' ah, mama tengok ko kurus". Hati saya berbunga.

Saya sangat obses untuk kurus. Al-kisahnya saya pernah memiliki ukuran pinggang iaitu 25cm. Haha! Itu cuma setelah crash diet mungkin 10 tahun yang lepas. Sekarang, jangan mimpi laaaaa. Genetik yang saya terima adalah dari baka yang senang besar atau ertikata gemuk. Inilah yang dikatakan oleh mak saya dulu.

"Sekurus-kurus hang sekarang pun, lepas hang kawin nanti tengoklah mesti jadi macam mak gak". Waaaa....ini kata-kata keramat dari mak saya. Buktinya ada depan mata iaitu kakak saya. Sebelum dia kahwin, dia memang kurus dan cantik. Malah saya suka tengok kakak saya bergaya. Tapi selepas dapat anak pertama dia telah kebabom! Besar.... Sama juga dengan pengalaman mak say.

Tapi itu cerita selepas diaorang kahwin dan dapat anak. Saya ni kahwin pun belum tapi dah besar. Apa kot? Sekarang saya memiliki pinggang 30cm. Waaaaaa....!!! Besarnya. isk....isk....isk

Dulu saya pakai kemeja saiz M, tapi sekarang size L. Seluar pun sama. Dulu pakai size L sekarang dah XL....huaaaaaa!!! Sebelum puasa saya ada timbang berat badan. Jarum di penimbang menunjukkan 60kg. Ok, saya pasrah. 2-3 hari lepas saya timbang lagi, mata saya terbelalak. Tiada perubahan. How could this be?

Tapi tak pe saya relax, saya cool jer. Terus mak kawan saya cakap, "Ala Dza, penimbang tu cap cikai nye, ntah-ntah dah rosak, jangan cayalah". Hehe...tq mama, hati saya tenang sikit.

Ingat! lepas raya ni saya nak jadikan aktiviti mengeluarkan peluh kepada suatu kemestian. Mesti or wajib. God Willing! CD erobik berlambak-lambak di rumah, cuma malas jer. Nak atau tak nak je sebenarnya. Ya! harus kuatkan azam.

Nak kurus..nak kurus...nak kurus...nak kurus...nak kurus...nak kurus...

3 comments:

adieha said...

hi.. nak kurus ke? maybe i can help you.

my herbalife blog: http://myh3rbalif3.blogspot.com

my before & after photos:
http://myh3rbalif3.blogspot.com/search/label/Photo%20Gallery

email me (adieha@gmail.com) kalo interested.

peej said...

nak kurus jugak..tp malas..mcm mana tu?? haha

My Spirit Finger said...

thanks adieha, nanti I check it out ok.

peeja,
saya teruja. ada orang baca journal saya. Hikhik...