Monday, 29 June 2009

My NB goes jogging

Habis bergegar seluruh badan terutama di bahagian yang berlemak berkrim disukai ramai, melambai-lambai bergoncang-goncang bak kata Peeja. Hambik kau setelah sedekad tak turun padang, sekarang baru terhegeh-hegeh nak berexcercise semula. Ok lah tu sebelum terlambat, sebelum badan menjadi mak buyung kan.

Agak-agak satu pusingan padang bola berapa ratus meter ek? Apa-apa pun mak bangga dengan diri sendiri kerana berjaya melakukan 5 pusingan. Wohoo!! 2 pusingan berlari, 2 pusingan berjalan (kerana rasa macam dah nak mampus) dan 1 pusingan separuh berjalan separuh berlari. Amin........Aku masih bernyawa.

Pepagi dah kuar rumah 7.30am. Wah semangat gila!! Sesorang pulak tu. Jenguk di ruang tamu anak mak nani sedap jer membungkuskan dirinya yang macam nasi lemak itu. Gigih lah aku sorang-sorang meneruskan perjuangan (walaupun orang yang mengajak itu tak de pun kan...) dalam usaha menurunkan/menguruskan badan ketahap bentuk badan idaman (wah! statement tak henggat).

Aku dah menyampah tengok diri sendiri. Bukannya tak bersyukur, aku bersyukur dengan apa yang ada cuma, bila anda beringinkan sesuatu macam nak kuruskan just go for it, usahalah, usaha kan tangga kejayaan. Aku nak badan aku fit not just body menawan. Rasa macam bila tengok badan sendiri di cermin rasa macam bayang aku di cermin tu mengejek aku balik like

"What the...!! What is this?? Who is this fucking fat girl??!!"

Ya...itu lah yang aku rasa. Rasa macam nak tampar je diri sendiri dalam cermin tu sebab aku rasa dia mengejek-ngejek diri ku ini. Gila physco. I am fat, but not that fat lah. Do you got it? But I still got all the lemak-lemak yang turut melambai-lambai jika aku melambaikan hi! hi! bye! bye! ku ini. I still have perut berlipat yang boleh jugak buat pelampung walaupun size pelampung budak-budak untuk disewa di Sunway Lagoon kerana Peeja sudah advanced
pelampung di PD dan berat ku juga sudah mencecah 60++ maka oleh itu saya tolonglah terasa diri ku ini gemok.

God knows how I wish I could wear all those leggings and skinny jeans and try to look hot. Tapi aku bedal je pakai juga walau pun peha sebesar balak di tasik kenyir. Hahaha......Pedulik walau pun kekadang terasa down juga kalau orang pandang atas bawah.

Oleh itu motivate kan diri sendiri untuk berusaha menjadi kurus. Sabtu lepas sudah start berjogging and harap dapat maintain setiap weekend. Hanya itu sahaja masa yang ada pun. Peeja!! Bila nak jogging together gether ni bersama sama gegirl mu itu...hikss

Sekarang aku tengah memulihkan otot-otot ku ini yang telah terkejut beruk dan mungkin telah menyangka tuannya ini telah buang tabiat kerana dikerah berlari. Ye lah aku bukannya Angelina Jolie boleh upah personal trainer dan nutritionist bagai kan. Huwaaaaaaa.......sudah muscle pain. Paling seksa bila nak turun tangga rasa tegang yang amat sangat terutama di bahagian peha dan lutut ini. Kalaulah boleh ku hiris lemak-lemak ini dan jamu kepada buaya-buaya di Sungai Rajang itu. Heh!!







6 comments:

chics said...

Jogging adalah best kerana kalau kena denganw aktunya dapat mencuci mata tapii kalau joog time2 sama dengan pakcik-pakcik adalah sedihhhhhhhh

Dahla tak dapat cuci mata kene buat-buat ramah pulak. hoh!

Tijah said...

kau cuba jogging sambil membaling batu pada anjing...untung2 dia kejar ko balik.

dan itu lah trainer terbaek!

wakakaa....

peej said...

haha..x suka tijah...
nak buat mcm mana nok..mak busy la..ok weekend ni mak free kan diri ye..

Marina Monroe said...

Emm...baguih lah..hang kata nak fitkan badan, patut lah hang masak ari tuh kat umah mama...sedap..ayam masak kicap dengan terung sambal. Hujung minggu nih..jongging lah lagi..boleh masak nasi tomato pulak dengan ayam masak merah...he he he..mama buat dalca..

My Spirit Finger said...

chics,
x de maknanya mencuci mata, joging di pdg bola dpn rumah peeja je. Lainlah joging di tmn tsk ttwangsa ka lake garden ka...ohhhhh tidak!!


tijah,
jahat tau. itu bunuh diri namanya.


Peeja,
Jom! bawak gegirl mu itu berlari.

Mama,
Huwaaaaaa......godaan. Ayam masak merah, nasik tomato plus dalca...omg!! huwaaaaaaa....

kay said...

aku perasan yg akhir2 ni ramai member2 aku kuar jogging..apahal?elak H1N1 ke?kalau gitu,aku nak jogging juga..