Friday 13 February 2009

ishh...bila lagi nak transform jadi Cat Woman ni.

Insiden terjadi petang Isnin bebaru ni. Aku kan suka nak jadi hero. oppss!! Konon lah! Aku nak mandikan Beckham, letak kucing aku dalam bilik air, so aku keluar untuk ambik towel. Sekali dia boleh mengiau-ngiau pulak dari dalam bilik air. Jadi, kucing nonoy terdengar. Apa lagi sepantas kilat dia lari tunggu depan pintu bilik air. Aku pulak lupa nak kurung kucing nonoy dulu, dah tahu si hannan tu memang garang nak mamposs.

Aku tolak-tolak hannan sebab aku nak masuk. Sekali hannan berjaya meloloskan diri dulu masuk bilik air. Apa lagi jantan sama jantan, oren sama oren, muda sama muda hannan yang sangat garang itu terus nak belasah kucing aku. Si bekham ni pulak memang penakut. Memang salah ajaran la aku bagi, manjakan sangat sebab tu jadi lembik. Tak sama macam bapak dia Ben, samseng kampung Dusun. Sapa berani?

Nak di jadikan cerita aku yang berlagak hero ni cuak jugak la nak leraikan. So aku dengan bijaknya senteng lengan baju ala-ala mak bawang merah dan mak bawang putih nak bergaduh mahu masuk campur dalam ini pergaduhan. Aku gripped tengkuk hannan yang tengah mengamuk tu tapi tak kuat, dia toleh kepala kalu terus dia ngep tangan aku. Wohooo!! Terbenam taring kat tangan.

Second attempt baru aku berjaya cengkam leher hannan terus simpan dalam sangkar, dengan kucing aku sekali masuk sangkar balik, kansel itu mandi.

Masuk rumah mula lah tangan aku rasa kebas perit pedih dan semua yang sama waktu dengannya lah. Baru aku perasan tangan aku dah cedera dek gigitan si hannan tu. Darah dah meleleh-leleh dah. Aku rilek lagi aku tunjuk tangan aku kat mama nani, reaksi mama nasi,

"ya allahhhh....darah tu, ishhhhhhhhhhhhhh...." sambil palingkan muka tak nak tengok darah tu.

"hehehehehe...." Aku gelak. Aku gila.

Luka tu aku sapu minyak gamat jer pastu tampal plaster. Besoknya nak pergi kerja tangan aku dah berdenyut-denyut sakit. Tak boleh nak lurus ke bawah. Nak pegang pen pun tak boleh. Sakit sangat.

Aku pergi office lepas tu terus ke klinik. Dr. buka plaster tu rupa-rupanya tangan aku dah bengkak dah nanah. Sekali Dr. cuci tangan aku, aku rasa macam nak tampar je Dr. tu. Sakit bodoh!! Apa lagi kena inject la sebab dah kena infection.

Sikit hari lagi aku jadi cat woman. Tapi mintak-mintak la jadi cam Helle Bery gamak ye. Huahuahuahua...


Peace

Rock on!

Luka di pergelangan tangan

Altogether = ampat (4) lobang taring hannan

Plaster tampal bekas inject

Ni balak ke apa ni? wtf!


Inilah makhluk bertanggungjawab itu. Sekarang menjadi buruan polis. Dikenali sebagai "Hannan The Ripper". Hannan, see you in court!

On your left hannan's mother. On the right his untie. 2-2 comel. I love you both. Hannan is sooooooo garanggggggg!!!!
photo courtesy of peejburhan blogspot.



3 comments:

MagnusCaleb said...

bukan cat woman tapi "the tems"

My Spirit Finger said...

cesss...!!

Wahidah said...

dh luka dh tgn tu..kurang seribu..heheh...tp kn beckham tu mmg penakut giler la...aduhaiii