Wednesday 29 September 2010

Tidur malam pasti termimpikan kamu

Makan nasi lagi rehat tadi. Aduhh!! Pagi tadi pun saya dah mengketedarah nasi lemak sebungkus, macam mana ni? Nak maintain excersice tiap-tiap hari pun masih tak lekat juga. Asyik delayed je..hehe. Tapi menu saya tengahari tadi sangat menikam kalbu ambil pisau tikamlah dada sangat. Berjalan menuju ke destinasi makan yang agak jauh dari tempat mencari rejeki bersama abang yang berjalan dengan lagak P. Ramlee dan katanya Laurence Fishburne (katanya juga) meniru gaja jalan P. Ramlee juga dengan machonya tetapi sangatlah kura-kura kerana terpaksa mengontrol macho sangatlah berbaloi. Nak percaya tak?


Mempersembahkan.............




Tara................





Chicken Claypot Vegetarian
Tersangat sedap!




Food presentation tidak berapa penting, ya tuan/puan, yang penting rasanya...Kedai vegetarian Lebuh Ampang yang tidak bernama atau awak ada nama cuma saya je yang tak perasan apa nama kedai awak atau memang awak betul-betul terlupa nak letak nama kedai awak, saya pasti kembali!! Tolonglah masak sedap lagi please...please....please....


Chiow

1 comment:

Tijah said...

saya pasti akan gps tempat nih