Monday, 29 March 2010

Tidak Kool

  • Tren problem pagi-pagi buta adalah tidak kool.
  • Bila tren problem orang adalah berduyun-duyun tidak kool.
  • Bila orang mula berduyun-duyun mulalah tren jadi macam tin sardin tidak kool.
  • Berdiri terlalu lama dalalm tren dan kekadang terhidu bau yang tidak menyenangkan dalam tren contohnya parfume yang terlalu kuat atau terlalau wangi, bau kentut kecil (ini babi) bau ketik tengik (apa dajei pagi-pagi buta dah tengik) bau badan hapak (haram jadah tak mandi pagi ka woi!!) sangat sangat tidak kool.
  • Tren bergerak lambat dan berhenti di stesen terlalu lama tidak kool.
  • Terpaksa mengharungi malaun-malaun yang yang tak berapa bijak dah tak nampak ke tren dah penuh, jenuh jugak nak mencelah masuk...hellooooo.....!!! juga tidak kool.
  • Tren yang awainya sejuk gedi bertukar cuaca panas bila orang terlalu ramai tidak kool.
  • Bajet keluaq awai dapat naik tren awai dan boleh sampai awai ke opis dan nak berlagak dengan orang dengan hidung kembang yang boleh nampak dari karachi "woih!! Aku sampai awai la hari ni" tetapi hampeh lambat jugak rupanya juga tidak kool.
  • Muka melekat kat cermin lrt adalah sangat tidak kool.
  • ...dan kenapa muka yang melekat di cermin lrt tu adalah muka aku....dajei (dapat idea dajei dari Ms Weed . Dah lama tak pernah dengaq dan guna...rasa cam best plak) sungguh.....not sooooo kool at all ya'll...big F

1 comment:

NONIE ABDUL AZIZ said...

kekeke...ko memang lawak la...