Thursday, 25 September 2008

Nak Raya dah ni


Today is my last day sebelum cuti raya. Aku akan bercuti starting from Saturday 27th Sept - Sunday 5th Oct 2008. Woho! Satu minggu lebih. Malam ni jugak aku balik terbang. Dah lama dah ni tak cuti panjang, time raya la nak merasa pun.

Dalam seronok-seronok ni terkilan juga sebab x dapat bawa balik mercun untuk anak buah aku. Kalau sebelum ni aku balik naik bus harus aku bawa balik. Alah...naik bus bukan ada security check pun. Kan! Bukan senang aku nak melayan budak-budak nih, dengan anak buah aku je lah. Anak org? heh! Kirim salam la aku nak pegang unless kalau budak tu comel. Haaaa....yang comel-comel ni aku suka.

Dulu masa aku kecik masa aku masih tinggal di kampung, nama kampung aku sempoi. Memang klasik habis la. *Kampung Kubang Menerong*. Ni kampung mak aku.

Aku pun hairan apa kejadah nama kampung aku ni. Abah aku suka bawa balik mercun dan bunga api. Satu kotak besar. Best gile wey...hah! main la sampai lebam.

Tapi bunga api cap raja kucing ni memang rare lah. Bagi aku la. Dengan bunga api ni la aku membesar. Tapi kira dasyatlah sebab boleh bertahan sampai sekarang.

Ikutkan hati aku nak balik hari Sabtu ni, tapi kakak aku gedik nak balik jumaat malam gak. Jenuh aku dok pujuk balik hari Sabtu. Last-last dia bagi ayat baiknya,

"Dik Wan, hang tak kesian kat mak ka, bangun sahur kena siapkan makanan sorang-sorang. Kesian mak, dia bukannya larat sangat".

Mata aku berair, hati aku cair. Ok! Jumaat malam ni jugak kita balik. Aku booking ticket sekarang gak. Kakak aku senyum lebar. Ciss! Ko menang! Since kakak aku kena transfer ke KL, rumah Penang cuma tinggal askar veteran, askar muda dan askar kecik.

Kalau sebut pasal raya kepala hotak aku tak ingat benda lain dah, mesti duit raya. Aku dulu kecik-kecik dok di Kampung. Jadi lifestyle aku memang kampungan lah. Tiap-tiap tahun raya mesti mak aku belikan 2 jenis baju raya, tradisional dan modern. Baju kurung of course lah pakai time pagi raya, time nak bersalaman bagai semua kan. Hah! yang modern tu either jeans or skirt la untuk tengah hari. Ala...nak pakai pi beraya kutip duit raya satu kampung.

Peh! Memang tak boleh lupa la kalo hal ni. Dapat duit raya banyak. Heaven je rasa. Masyuk! Zaman aku tu la. Pergi rumah orang bukan nak makan sangat pun. Biji mata hitam pun dah bertukar tanda ringgit $. Money! money! money!

Kalau nak makan kat rumah orang pun takat minum air je, pastu telan kuih seketul. Kalau nak makan aku dah melantak dah siap-siap kat umah. Mak aku masak lagi sedap tau!

Itu semua 20 tahun yang lepas. Sekarang dah lain. Sekarang aku dah jadi pemberi duit raya tegar. Aku sudah kerja, sudah ada anak buah, anak-anak cousin aku lagi. Kalau dulu parents aku bagi duit raya kat aku, sekarang ni giliran aku pulak bagi kat diaorang.

Selalunya pagi raya lepas semua orang balik dari masjid, family aku berkumpul untuk bersalam-salaman. Masa ni la semua orang dah drama. Termasuk la aku. Aku cukup tak boleh tahan bila start sorang menangis, nanti aku terikut gak. Waaaaaaaaa.......!!! Sob...sob...sob...syahdunya.

Tahun ni meriah sikit rumah aku sebab anak-anak mak aku yang tinggal jauh semua balik raya. Macam ramai jer bunyi. Pada hal tak de pun. Aku yang bujang, kakak aku - pompuan kaya yang memang balik tiap-tiap minggu dan abang aku satu family. Haha... tak de la ramai sangat pun. Mak aku suka ar sebab bleh jumpa cucu-cucu KL dia.

Ok lah, I would like to wish all of you *Selamat Hari Raya Aidilfitri, drive carefully and love your family*


Salam




Wednesday, 24 September 2008

Apa nak jadi nih...

Masuk hari ni dah hampir 2 minggu aku demam. Selsema dan batuk x hilang-hilang juga. Semakin kuat plak aku menyalak rasanya....Ubat? Hell no. Aku hanya akan makan ubat kalau keadaan dah teruk, macam ari tu, hingga Dr. terpaksa buat blood testing.

Minggu ni adalah minggu terakhir aku bekerja di bawah arahan boss aku skang, dan juga hari-hari terakhir pada boss aku untuk meninggalkan pejabat ni. Kontraknya for 2 years dah tamat dan tidak disambung. So nanti aku akan dapat bos baru yang entah bila. Mungkin 1 bulan, 2 bulan, hujung tahun or maybe next year. Entah...

Colleague tanya aku tak sedih ke boss dah nak blah. Aku rasa...aku x rasa apa-apa. Tiada perasaan. Langsung. Sungguh. Sebabnya? Aku pun x kenal dia exactly lagi. Aku pun baru masuk 2 bulan jadi PA my boss. Aku rasa tempoh 2 bulan adalah terlalu singkat untuk aku mengenali hati budi, keperibadian, dedikasi boss aku. Satu tempoh yang pendek untuk aku nak mengstudi si boss ini.

As to date apa yang aku perhatikan mengenai bakal ex-boss aku ini dia agak clumsy, careless, not well organized, slow, kelam-kabut, pelupa dan banyak lagi la yang membuatkan aku tiada perasaan sempena pemergiannya. Ada staff yang suka padanya but not me lah. Oh!...aku terlupa mention dia beristeri 2 dan aku rasa mungkin ada pertambahan isteri lagi.

Biliknya bersepah, failnya tidak tersusun. Documents, newspaper is everywhere on the floor. Ya! Memang tugas aku untuk mengemasnya. Tapi kalo setiap kali aku kemas hasilnya akan kembali kepada normal do dia, hemm...baik tak payah, kerana setiap kali itu jugalah dokumen yang dia cari tak akan jumpa. So, aku decided let it be, kalo ko nak aku kemas ask for it and my pleasure to tidy it up.

Bos aku species yang tak boleh disergah. Kalau disergah jugak dia cepat menggelabah. Jika ada perkara tidak diingatkan pada dia, dia akan buat do no (don't know) jer. Serius! Aku tak suka. Ya! Memang kerja aku untuk mengingatkan dia but not every little tiny things. Ok, such as kawan dia nak dtg; please remind him. Dokumen dia misplace cari x jumpa; aku jugak berhempas pulas mencarinya. oh! satu lagi, dia x pandai nak guna telefon. Nak intercom pun x reti mah. Sikit-skit jerit nama aku, sikit-sikit jerit nama aku. Come on..wtf! kan.

Bila dia dapat tahu kontraknya x disambung pergi sana sini melobi buat muka sedih buat suara sedih, kononnya "Siapalah saya, orang dah tak nakkan saya dah di sini". Hello uncle! very childish ar you. People pun talk talk about you at behind you know. See... you never know mah. They don't like you either you know.

Tapi sempena dah dekat nak raya ni, aku tetap nak duit raya dari bakal ex-boss aku ni. Aku x peduli. Duit punya pasal tak pe lah, ko lah boss paling best sekali!

Hik..hik...hik...

Tuesday, 23 September 2008

Aku nak kurus

Alangkah bahagianya jika puasa ni aku dapat turunkan berat badan dengan ertikata aku menjadi kurus. Oh! how I wish that... Bukanlah maksud aku menduakan ibadah puasa yang mana bulan untuk orang Islam banyak membuat amal ibadat sedangkan niat aku adalah untuk menjadi kurus. Oh! Tidak sama sekali. Saya masih berada di landasan yng betul.

Cuma saya jadikan ia satu faktor atau peluang untuk saya menjadi kurus. Semalam saya dapat komen keramat dari rakan sekerja di mana sudah 3 minggu kita berpuasa cuma semalam baru berjumpa. Komen keramat yang dimaksudkan, "Dzaza, ek! ko kurus lah pose ni". Ini pun boleh membuatkan saya tersenyum lebar ke telinga. Lalalalalalala.....sukahati.

Tidak cukup dengan itu, satu lagi komen keramat juga dari rakan sekerja seorang admin officer, "Betul Dza, dah kurus kalo nak banding masa awal-awal ko masuk sini dulu". Senyum lagi ke telinga. Masa waktu berbuka saya yang tidak puas hati telah bertanya lagi dengan mak kawan saya, "Ma, mama tengok saya kurus sikit tak?". Lantas mama kawan saya jawab, "A' ah, mama tengok ko kurus". Hati saya berbunga.

Saya sangat obses untuk kurus. Al-kisahnya saya pernah memiliki ukuran pinggang iaitu 25cm. Haha! Itu cuma setelah crash diet mungkin 10 tahun yang lepas. Sekarang, jangan mimpi laaaaa. Genetik yang saya terima adalah dari baka yang senang besar atau ertikata gemuk. Inilah yang dikatakan oleh mak saya dulu.

"Sekurus-kurus hang sekarang pun, lepas hang kawin nanti tengoklah mesti jadi macam mak gak". Waaaa....ini kata-kata keramat dari mak saya. Buktinya ada depan mata iaitu kakak saya. Sebelum dia kahwin, dia memang kurus dan cantik. Malah saya suka tengok kakak saya bergaya. Tapi selepas dapat anak pertama dia telah kebabom! Besar.... Sama juga dengan pengalaman mak say.

Tapi itu cerita selepas diaorang kahwin dan dapat anak. Saya ni kahwin pun belum tapi dah besar. Apa kot? Sekarang saya memiliki pinggang 30cm. Waaaaaa....!!! Besarnya. isk....isk....isk

Dulu saya pakai kemeja saiz M, tapi sekarang size L. Seluar pun sama. Dulu pakai size L sekarang dah XL....huaaaaaa!!! Sebelum puasa saya ada timbang berat badan. Jarum di penimbang menunjukkan 60kg. Ok, saya pasrah. 2-3 hari lepas saya timbang lagi, mata saya terbelalak. Tiada perubahan. How could this be?

Tapi tak pe saya relax, saya cool jer. Terus mak kawan saya cakap, "Ala Dza, penimbang tu cap cikai nye, ntah-ntah dah rosak, jangan cayalah". Hehe...tq mama, hati saya tenang sikit.

Ingat! lepas raya ni saya nak jadikan aktiviti mengeluarkan peluh kepada suatu kemestian. Mesti or wajib. God Willing! CD erobik berlambak-lambak di rumah, cuma malas jer. Nak atau tak nak je sebenarnya. Ya! harus kuatkan azam.

Nak kurus..nak kurus...nak kurus...nak kurus...nak kurus...nak kurus...

Friday, 19 September 2008

Digigit Jarum Vampire...#2

Haha.... I'm safe. The vampire bite is harmless at all. Thank you god!

Me received phone call from the clinic yesterday evening maybe around 4.30pm. It is regarding my blood test taken earlier.

Nurse," Mem, we found that (dig..dug...dig..dug..-my heart beat) your blood is negative from any suspected viruses". It just you having a vey bad virus fever. Just drink a lot of water. I'm sure it will be ok, otherwise you can see the Dr. anytime you want".

Hoyeah!!. I'm free, I'm healthy....hoyeah!! No viruses at all. No chikunya, no denggi.....


*smile*

Wednesday, 17 September 2008

Digigit Jarum Vampire...

I just came back from clinic. It's been about 4 days me got a fever. Sejak Selasa aku diserang demam malam. Malam jer...Ala-ala kasih ku seru si Waris tu. When it come to evening I will start cold, shivering and my temperature will get high.

I talk to my sister last night, since she is a science officer at the KL General Hospital.
Me, "Kak, dah 2 hari ni asyik demam malam jer, nak buat camna". Sister,"(A bit laugh)...Hah! kena chikunya apa". F**k you talk nonsense. Chikunya..!! Me infected by this virus. What the hell!

Me,"Oih! cakap mengarut ngat aih! sini mana ada nyamuk!".
Sister,"(Gelak lagi) You go and see the same Dr. la", "ask him to check your blood, me afraid too if you got denggi ka chikunya ka..." (Chikunya lagi).

And today, darah dah kena ambik tadi. Meroyan sekejap aku kat Dr., sebabnya aku takut kena cucuk...Ouch!! Sakit...I tell you.

Dr., "Kita akan amik darah awak untuk test". Me,"Hah! Amik darah!, tak mau Dr. sakit....waaaaaa". "Pleaseeeee...". Dr.,"Kita kena check if awak dijangkiti Denggi ke or...." "Dah Dr. jangan sebut lagi, saya tau Dr. nak cakap apa" Tapi kan symptom tu tak de pun. Like, red rashes ke, tak der pun. Ok lah take my blood, besides no harm pun kan...

Dr.,"Tak. Tak sakit, ala, kejap jer". Me,"Dr...sob..sob...sob...saya x pernah kena amik darah. saya memang penakut jarum dan ubat"..isk...isk..isk.... Me,"amik cucuk jari ke Dr.?"
Dr.,"Banyak la awaknya jari, cucuk kat lengan lah. Me,"hah! lengan....waaaaaaaaaa....."

Baru lepas kena gigit dgn vampire tuh...

Sepanjang jarum vampire tu dalam lengan aku, muka aku toleh je kat nurse. Nurse pun senyum.
Me,"Jaga ko lepas ni nurse, aku hisap darah ko plak...chit". (dalam hati la)

Dr."Ok dah sudah. Sakit tak?". Me,"Masa jarum masuk tak sakit, tapi lepas kuar baru terasa sakit". Berdenyut siot. Until now pun my arm still feel numb. Why ah? Dr. said the syringe that he use containing alcohol. Ahhhh...!!

Dr. I feel dizzy right now...Ohhh, I can not walk, could someone drive for me please... I want some more glasses..Please! Dr.

P/s: I do not know what is the exact spelling for "Chikunya", hentam sajalah labu..

Tuesday, 16 September 2008

Tak best!!...

OK. Aku deman. Both. Panas & Selesema. Panas yang tak berapa panas, but still...aku tak suka. Aku kuatkan semangat datang kerja. Tak amik MC pun. Pergh! Nak jadi pekerja yang dedikasi. Setakat deman ciput walau pun agak teruk takde hal lah. Tapi aku tak kuatkan iman untuk teruskan puasa. Aku makan ubat. Me...so naive. Mucus dah start meleleh. Sore throat dah lepas. Skang ni gatal tekak plak. Aku batuk. Aku rimas!!. Dustbin dah penuh dgn tissue.

P/s: Che Saerah, anak hang nak soup ayam. Bleh?

Thursday, 11 September 2008

Kuih apa nih?


Kenape tiap kali raya kena buat kuih raya? If not, tak boleh raya ke? I've been burden with the same questions from my collegues here.

"Dzaza, nak kuih raya tak?" Me, "Oh! let me try first". Hemm...biasa jer

"Akak! tak nak beli kuih raya saya ke? What the hell! paksa ke apa ni...

"You makan batang buruk tak?". "Mine is the best in town". Cut the crap Mr...Batang buruk ke, batang besi ke, batang pelir sekali pun I'm not interested. OK!

"Dzaza, you look tired today". Me, "A'ah ya, just woke up from sleep. Oh...so sweet of you". Him, "I jual kuih raya and kerepek, kalo Dzaza nak beli ni ada borang (amboi! siap ada borang lagi) Dzaza isilah apa kuih yang nak eh".

Ooooooooo....that is why you being soo nice to me hah! Got prawn behind the meehoon hah! Want to sell kuih raya to me la.

Aku nak kena jaga hati suma orang kah?.....

Woh! Hold up people. Its my money and I don't have money to buy you people kuih raya or what so ever. Paham!? The conclusion is Jangan tanya aku lagi soalan nih....Me don't like ittttttttttt....!!!!!!!!


Chiow!