Wednesday, 19 November 2008

Santubong: 1st day

Tok adalah gambar untuk 1st day di sinun. Ini semua gambar dalam dewan selepas pendaftaran dan aktiviti sebelah malamnya. Kamek malas nak cerita lebih. So let the pictures do the talking ya.



Tok sebelah petang, baru sampei ke hotel. Ada minum petang dikit. Kamek di sebelah kanan tutup hidung.



Model of the evening. Bob dengan aksi "Menahan Urat Kentut"



Tok sebelah malam sudah start aktiviti. Sebelah kamek Abang Haziri a.k.a Datuk. Nya sworang yang sangat kemas dan bersopan santun. Mun nya betul jadi Datuk pun memang kena. Kamek pun sik tahu tengah tunjuk apa tu.


Kamek sebenarnya sik suka sangat bergambar. Kamek sedar ada orang mok candid gambar, so sedaya upaya akan rosakkan gambar ya.

Bosan ni. Rasanya Faci tengah bagi speech ni.

Bob dengan aksi "Dark Side" nya. Kamek nangga dah macam mask Ninja Turtle je.
Tok gambar dewan dan peserta yang lain.
Hari pertama cuma dihabiskan dalam dewan je. Malam pertama kursus tok, sik ada apa sangat. Faci cuma banyak molah, some quiz dan pembentukan kumpulan.
End of 1st day. Nanti kamek sambung lagi ke 2nd day.

Monday, 17 November 2008

Baru balik ni....

Ok, aku baru balik dari Sarawak. Aku ke sana pun atas dasar kursus. Biasalah penjawat awam mesti lah ada kursus bagai. Nak tahu apa tajuk kursus tu?

"MODAL PEMBANGUNAN INSAN"

Hahahhaaha....memang tak boleh blah. aku berkursus 4 hari. Nama aku naik untuk 2 kursus. Satu di Penang satu di Sarawak. Sudah pasti lah aku pilih Sarawak, tempat yang aku tak pernah jejak. Penang? tiap-tiap bulan aku balik Penang. Ehem!! tiap-tiap bulan ke?

Jadi, Satu sejarah telah tercipta dalam hidup aku pada tanggal 13 November 2008 jam 11.50 pagi aku dengan ini menjejakkan kaki aku di tanah Sarawak. Tahun depan pasti masuk soalan SPM nya lah....

Maka dengan ini aku akan bercakap Sarawak walau pun aku dapat belajar 2-3 kerat jer. Kamek sik peduli, nak kelakar juak.

Di Sarawak, kamek duduk di Damai Beach Resort, Santubung. Hotel tok tepi pantai. tapi kamek frust dari KL berkobar-kobar beli beach short, sampei saja sia sik boleh mandi laut. Bendera merah. Hampeh! Ombak lebih kurang tinggi almari baju la. Kitak beranikah?

Hari-hari jadual kamek penuh dengan aktiviti. Memang sik ada masa nak pergi mana juak. Balit-balit kelas, makan, tidur, kelas makan tido. Laksa Sarawak pun sik sempat makan di sitok. Ok lah juak kamek sempat makan mee kolok. Kira lepas juak ngidam kamek. Sik nyesal la datang sitok dapat merasa mee ni juak.

Aktiviti start as early as 6.30am until 11pm. Faci pun ok. Sidaknya kamek rasa bersungguh-sungguh nak bagi talk, pandei molah lawak juak bagi kamek orang tetak. Sik bosan sangat.

Banyak gambar kamek nak tepek di sitok. Lain entri kamek tepek lah. Tapi yang pastinya lain kali kemek mauk ngagak sitok lagi.

Mun ada orang Sarawak terbaca blog tok, minta ampun banyak-banyak. Tolong la betulkan.

Its an honour for me I can speak Sarawakian dialect eventhough it just a simple words of it. Really I do want to learn more. I found it very interesting dan bahasa ini sangat lembut. Betul.








Tuesday, 11 November 2008

Kenapa mereka ini begini?

Kenapa ada manusia yang iri hati?
Kenapa ada manusia yang pendengki?
Kenapa ada manusia yang pendendam?
Kenapa ada manusia yang tidak tahu untuk bersyukur?
Kenapa ada manusia yang mundur pemikirannya?
Kenapa ada manusia yang buruk akhlaknya?
Kenapa ada manusia buruk sifatnya?
Kenapa ada manusia yang berperangai macam syaitan nirrojim?
Kenapa ada manusia yang busuk hatinya?
Kenapa ada manusia yang mulutnya busuk(mulut jahat)?
Kenapa ada manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya?
Kenapa ada manusia yang mesti bercakap-cakap dibelakang orang lain?
Dan segala macam jenis manusia yang kenapa kenapa ini....dan
Kenapa aku di kelilingi oleh manusia-manusia seperti ini, di sini?

Kadang-kadang aku terdetik macam sedikit (sedikit je tau!) menyesal dilahirkan sebagai MELAYU.
Kadang-kadang sudah terdetik sedikit (sedikit je tau!) kekesalan menerima menjadi *tuttt yang rata-ratanya MELAYU.
Dan kenapa kebanyakkan M.E.L.A.Y.U seperti ini, di sini?

Monday, 10 November 2008

This is my eggs...





Don't mess with my eggs ya'll.....


Mengisi masa lapang terlampau

Apa aku buat dengan masa lapang aku during weekend hari tu? Sesi mencantikkan rumah sewa ku. Tadaaaaaaa................
Walau pun tak secantik mana, ok la so so. So, ini lah hasilnya. Ini adalah living hall. Aku captured different angle from it. Kononnya nak puaskan hati sendiri kan.

Living Hall 1: Tema adalah putih dan merah (tak jugak. hentam kromo je)
Living Hall 2: Different angle plak

Living Hall 3: Oh! Sila abaikan gantungan baju yang menyakitkan mata itu. Almaklumlah rumah bujang. Alamak! Ada makluk hitam di tepi sofa itu...Apakah?

Living Hall 4: Floor lamp di suatu sudut sliding door

Ok... Kita ke dining hall pulak.
Dining Hall 1: Dinding bertampal cermin dari Ikea. Cuba perhatikan di cermin itu, juga terdapat suatu makhluk. Hish!!

Dining Hall 2: Dari sudut lain plak. 3 bingkai frame gambar bergantung di dinding



Dining Hall 3: Our meja makan. Simple jer.


Dining Hall 4: Jauh sikit. This is my dining hall. Overall.


Almari yang letak pasu bunga tu sebenarnya di recycle semula. Jadinya aku & the geng pun bagi idea why not jangan buang but alaskan dengan alas meja dan jadikan ia multi purpose table dan gantikan tempat kepada divider lama yang diletakkan di situ dulu.

Ok. Aku ini adalah seorang yang tangan bangku instead of kaki bangku juga. So aku pun kinda amaze bila aku boleh men"decorate" kan bunga seperti di bawah.


Ini adalah hasil yang tak seberapa dari seorang yang bertangan bangku. Air tangan sendiri tau..

Closer angle. Itu adalah idea housemate aku letakkan batu-batul kecil aquarium untuk menutupi span di pasu itu.


Divider ini asalnya pembahagi antara ruang makan dan tamu. Oleh kerana dah bosan dengan kedudukan asal kita orang ubah letakkan satu sudut dinding. Diamlah ko kat situ k.

Tv & carpet kecil bulat-bulat.


Dan akhirnya.....Ohh...!! Tuan tanah yang sudah kepenatan.



Alamak! Ini bukan gambar yang telah di super imposekan. eeeeeeee......ada makhluk yang mengerikan di belakang. Sumpah saya tak sedar!

Aku puas hati tapi aku sedih. Dah 3 tahun aku menghuni rumah ni akhirnya perkhabaran sedih aku terpaksa pindah sebab landlord nak ambil balik rumah ni. Tsk..tsk...tsk..














Thursday, 6 November 2008

Demam lagi dan Sivik....Ahhh!!

Aku kena selesema lagi. Pelik aku, apasal asyik aku je yang kena...ada pembawa sikit mesti berjangkit, sapa selesema mai dok sembang dengan mesti berjangkit. Memang dasar antibodi aku tak kuat lah dan pemalas dan penakut makan ubat. ini lah bahananya.

Aku baru je kena selsema bulan puasa hati tu. Sampai Dr. amik darah lah pegi test. Aiseh...! Kena lagi. Tak pe, kuat kan semangat. Kerja! Kerja!

Aku bukan nak cerita pasal aku demam sangat sebenarnya. Ahh! Itu perkara kecil. Tapi aku aku nak tanya pasal kesedaran Civics. Adakah semua orang ambil peduli hal ini. Maksud aku bukan konteks di sini saja, bahkan melampaui sempadan sekali pun. Diaorang ambil peduli tak hal ni. Aku rasa? Kau rasa?

Kalau naik public transport ko dapat duduk, tetiba depan ko tengah berdiri orang tua, perempuan mengandung, orang patah kaki ke tangan ke, mak bapak tengah dukung anak ke, apa ko tak de rasa ke? Simpati ke kesian ke?

Nak-nak ada juga yang berebut tempat duduk dengan orang tua, tolak-tolak orang. Lagi la sial kan. Isu ini memang la sudah biasa sangat, bagi aku la. Tapi aku cukup terasa bila jadi depan mata.

Ala bai...ko jantan lah, muda lagi. Kasi je lah seat tu kat brader dukung anak tu. Tak patahnya kaki ko berdiri. Ini ko biar sampai brader tu turunkan anak dia mungkin tangan dah lenguh agaknya. Anak dia yang baru setahun tu pun kena berdiri sama mak bapak dia. Hissh!! Lancau la lu!!

Tuesday, 4 November 2008

Kesyukuran ku

Telah mendapat idea setelah berkunjung ke laman Hanis Zalikha, mengenai perkara-perkara yang patut di syukuri atau saya rasa bersyukur dengan apa yang ada.

1. Saya bersyukur kerana masih hidup hingga sekarang dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa sebab melahirkan saya (I'm such a big girl now!).

2. Saya bersyukur saya masih boleh menaip di belog (mengikut ejaan Hanis Zalikha) ini.

3. Saya bersyukur saya mempunyai keluarga yang best dan kenkawan yang best.

4. Saya bersyukur dengan sifat fizikal saya yang tiada cacat cela walaupun tidak secantik mana. Alhamdulillah dengan apa yang ada.

5. Saya bersyukur saya masih bekerja hingga sekarang dan dapat menolong dan menghulur belanja bulanan kepada orang tua saya.

6. Saya bersyukur dengan pendapatan sekarang walaupun tak setinggi mana (tetapi dengan harapan I will gain more.....god wiling)

7. Saya bersyukur kerana dapat melepasi interview dengan mudah untuk mendapat pekerjaan ini.

8. Saya bersyukur bos baru saya masih belum melaporkan diri hingga sekarang....hehehehe.

9. Saya bersyukur saya tidak mengidap apa-apa penyakit kronik.

10. Saya bersyukur saya masih sihat dan kuat untuk berjalan kaki ke station LRT, menaiki tren dan berjalan kaki lagi ke office setiap hari (excercise).

11. Saya bersyukur kerana masih boleh lagi menikmati makanan yang lazat-lazat.

12. Saya bersyukur ada juga orang yang sudi melawat dan membaca blog ini.

13. Saya bersyukur mempunyai rakan-rakan sekerja dan bos yang agak best jugak.

14. Saya bersyukur saya masih mampu membayar hutang kredit kad yang dah bertimbun dengan tidak perlu membuat pinjaman kepada 'Ah-Long' Bukit Beruntung. (Tak bleh imagine kena kurung dalam sangkar macam haiwan....eeeee tak nak imagine pun)

15. Saya bersyukur kerana masih boleh menyambut Ramadhan dan Syawal setiap tahun bersama keluarga, rakan-rakan dan orang-orang tersayang.

16. Saya bersyukur tinggal di negara yang aman seperti Malaysia tanpa perlu takut kepada siren peperangan, ledakan bom, tembakan senapang dan segala macam ribut cuaca seperti negara lain....dan... Oh Hanis, otak saya cuma berfungsi ke-16 perkara saja walau pun banyak lagi perkara yang nak disyukuri. Tidak dapat di teruskan lagi ke puluhan seperti anda.